Tuhan, kuhidup dengan namaMu

0
1150
al fatihah
surah al fatihah

[Siri Tadabbur Al-Fatihah 1:1]

 

“Eh, dah dapat tak kiriman saya.”

– “Itulah, saya tunggu dari semalam. Takde pun posmen telefon.”

“Musykil, kenapa tak sampai-sampai.”

Si pengirim mula risau.

Si penerima tanpa tunggu-tunggu, terus pergi ke pejabat pos untuk memeriksa. Selepas memberikan tracking number, tahulah dia berlaku kesilapan besar pada maklumat penerima.

“Salah nombor telefon, patutlah tiada orang telefon. Nombor unit rumah pun typo, letak nombor unit yang tak wujud pun.”

Begitu cerita kiriman yang tak sampai-sampai.

Memerlukan usaha menulis alamat dan maklumat yang jelas dan tepat.

Saat si pengirim benar-benar mahu si penerima mendapat mesej darinya bahkan kemudian membalasnya, harus berusaha melicinkan segala proses.

Jika benar, mahu kiriman itu sampai.

al fatihah
mengenal nama Allah

Bagaimana pula dengan kiriman doa seorang hamba kepada Tuhan?

Tatkala si pengirim doa benar-benar mahu bergantung kepada Tuhan, mengirim ungkapan doa dari hati yang terdalam,

sudahkah dia memenuhi segala usaha agar diterima dan dimakbulkan doa?

Cerita dua jiwa hamba bergelut dengan kesulitan di tengah-tengah laut yang bergelora. Seorang hampir-hampir lemas dalam lautan lepas.

Seorang lagi hampir-hampir lemas dan hancur badannya kerana terperangkap dalam seekor ikan dalam laut yang gelap.

Ini, sejarah firaun di Mesir :

al fatihah
surah al fatihah

 

Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah dia

Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri.”

Yunus, 10 : 90

al fatihah
Nabi Yunus ditelan ikan

Dan ini, kisah Nabi Yunus

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun,

ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah yang menYebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan;

maka dia pun menyeru dalam keadaan yang telap-gelita dengan berkata

Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

Al-Anbiya’, 21 : 87

Firaun dan Nabi Yunus berdoa kepada Tuhan penuh pengharapan saat berada di hujung nyawa. Kedua-duanya bermohon kepada Tuhan.

Namun.

Hanya doa Nabi Yunus yang diterima.

Tetapi Firaun dibiarkan mati lemas di lautan lepas.

Mengapa?

Mari perhatikan beza bicara dua jiwa manusia ini.

Tatkala Firaun memohon perlindungan daripada Allah, dia memanggil Allah dengan gelar “Tuhan yang dipercayai Bani Israil.

Jauhnya Firaun daripada Tuhan sehingga Firaun tidak mampu secara terus menyebut “Wahai Tuhanku.” Sebaliknya, dia menggunakan kata ganti nama ketiga iaitu “Tuhan Bani Israil.”

Bagaimana pula dengan Nabi Yunus?

Tatkala ditimpa kesulitan, dia langsung berkomunikasi kepada Tuhan secara langsung. Dia bahkan menggunakan kalimah “Engkau” merujuk Tuhan menggambarkan betapa dekatnya Nabi Yunus kepada Tuhannya.

Pasti, Nabi Yunus telah terlebih dahulu sudah mengenali Tuhannya sehingga saat genting, dia mampu berkomunikasi terus, merujuk Tuhan dengan menggunakan kata ganti diri yang kedua iaitu “Engkau”.

Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari rasul-rasul (Kami) yang diutus.

(Ingatkanlah peristiwa) ketika dia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.

maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah dia dari orang-orang yang kalah . Setelah itu dia ditelan oleh ikan besar sedang dia berhak ditempelak.

Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (Al-Musabbihin) , Tentulah dia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.

Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus, sedang dia berkeadaan sakit. Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.

As-Saaffat,37 : 139-146

 

Kiriman doa kepada Tuhan, apakah lebih bermakna saat si pengirim doa memanggil nama-nama Tuhan dengan penuh makna.

Bermohon kepada Tuhan kerana mengenali siapa Dia lalu langsung memanggil namaNya, tepat pada apa yang dihajati.

Seperti Nabi Sulaiman yang bermohon pada Tuhan dengan nama Al-Wahhab.

Seperti Nabi Ayyub yang bermohon kesembuhan dengan nama Arhamar-rahimin.

Seperti Nabi Musa yang bermohon keampunan kepada Al-Ghaffur Ar-Raheem selepas terbunuh seorang warga Mesir

Saya.. Sudahkah mengenali Tuhan?

Sudahkah bermohon dengan nama-nama Tuhan penuh makna?

Comments

comments

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here