TIPS AMALAN WAKTU MAKAN MEMBINA KELUARGA SIHAT DAN BAHAGIA

0
4196
sunnah makan keluarga

Ketika muda-muda dulu, saya sering tak ambil berat amalan waktu pemakanan harian ini. Selalunya sebab Sibuk bekerja sampai waktu makan tak menentu. Makan pun tangkap muat apa ada, takde aturan..takde penekanan kualiti dan kuantiti makanan.

Bila dah ada anak, sebagai bapa kita nak buatlah yang terbaik kan untuk anak kita. Alhamdulillah banyak perubahan dari segi kesihatan dan keakraban hubungan kekeluargaan bila dah buat amalan ni.

Saya kongsikan tips amalan pemakanan keluarga kami:

1) MAKAN IKUT WAKTU YANG TETAP.

Badan kita ada jam biologi yang beritahu badan kita bila waktu makan. Asid perut akan meningkat dan enzim pencernaan akan diaktifkan. Sesetengah orang waktu makan tak betul akan rasa sebu perut sebab perut tak berisi waktu biasa makan, maka asid akan hakis isi perut. Tetapkan 2-3kali makan sehari, tak perlu snacking pun in between supaya badan tahu timing makan pada waktu yang ditetapkan sahaja. Disebabkan rutin ini, saya perasan anak-anak saya tidak pernah merengek lapar diluar waktu makan kami.dan jarang sekali mahu “snacking in between..
.

2) MAKAN SAMA-SAMA.

Kenapa makan sama-sama? Masa ni lah kami guna untuk cerita aktiviti waktu sekolah. Anak-anak galak nak bercerita aktiviti seharian mereka bersama kawan-kawan disekolah. Waktu paling golden ni, sayang kalau lepaskan.

Bila keluarga kita disiplin waktu makan, setiap ahli keluarga memang automatik panggil mana yang belum ada di meja makan. Rasa tak kena kalau sorang tak cukup kan?

Makan sorang-sorang boleh jadi stres juga hehe..nak makan pun tak selera dan ada pula sampai tercekik-cekik. Nampak tak kenapa? Bukan sahaja sebab kita nak cepat habiskan makan, tapi emosi stres juga boleh sebabkan perut kita jadi sensitif.
.

Makan bersama dimulakan dengan nama Allah juga lebih mengenyangkan mengikut hadith yang sahih:

Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami makan dan tidak merasa kenyang?” Beliau bersabda, “Kemungkinan kalian makan sendiri-sendiri.” Mereka menjawab, “Ya”. Beliau bersabda, “Hendaklah kalian makan secara bersama-sama, dan sebutlah nama Allah, maka kalian akan diberi berkah padanya.” (H.R. Abu Daud)

 

Makan malam awal baik untuk kesihatan

3) MAKAN MALAM LEBIH AWAL.

Tahu tak waktu malam ni sistem pencernaan kita jadi lembab? Jadi kami tetapkan makan malam paling lewat pukul 7 petang.

Tiada lagi supper. Malah, kadang-kadang kami puasa malam termasuk air. Kenapa? Proses detoksifikasi sel badan, “autophagy” ni bermula selepas 4-8jam perut tak berisi dan akan terhenti walaupun kita minum air kosong. Malah pemulihan kerosakan badan sebenarnya paling banyak berlaku pada waktu malam ketika kita “berpuasa” masa tidur.

Bila berbuka puasa, kita digalakkan mengawalkan berbuka.

“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat lain yang bersumber dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda:
“Agama ini akan senantiasa menang selama manusia menyegerakan berbuka, karena orang-orang Yahudi dan Nasrani mengakhirkannya.”

Mungkin ada yang rasa kurang berkaitan.Tapi pada saya, apa yang disarankan dalam islam itulah yang mengikut fitrah kejadian manusia. Wallahua’lam.

 

4) SNACKING?

Point pertama tadi silap tulis ke? Okay kalau baru mula, kesian kot tak bagi anak makan kat sekolah. Boleh mula dengan snacking buah dulu, kemudian pelan-pelan puasakan sahaja di sekolah. Anak-anak saya kalau dah makan berat pagi, mereka memang tak snacking kat sekolah.

Kalau banding perut kosong dan perut penuh, perut kosong sebenarnya jadikan kognitif, memori dan kejelasan mental lebih bagus. Banyak kajian tentang manfaat kaedah “intermittent fasting” ni untuk tingkatkan kecekapan otak.

 

5) MAKAN BERAT WAKTU PAGI, MAKAN SEDIKIT WAKTU MALAM ATAU “PUASA MALAM”.

Dulu saya memang tak tahu sains disebalik ni. Sekarang saya faham kenapa perlu juga makan pada waktu pagi. Kenapa bila berpuasa, digalakkan bersahur dulu. Makan waktu pagi makanan karbohidrat bersama protein akan boost hormon serotonin, iaitu hormon kegembiraan. Kita jadi lebih bersemangat dan ceria memulakan hari yang panjang.

Malah serotonin waktu pagi yang tinggi juga akan hasilkan hormon tidur iaitu melatonin waktu malam. Tidur kita lebih nyenyak dan berkualiti..memulihkan badan yang penat dan rosak di siang harinya.

 

Bagaimana nak boost lagi tinggi hormon serotonin ni? Kami biasa sarapan bawah sinaran matahari yang berfungsi meningkatkan lagi serotonin. Jangan menyorok di balik matahari pagi ya, banyak manfaat sinaran matahari pagi ni.

.

Amalan-amalan ni banyak membantu kesihatan kami sekeluarga. Imuniti jadi makin kuat, jarang demam dan alahan pun dah sangat jarang sangat.MasyaAllah, semua dengn izin Allah. Kalau dulu selalu bersin dan batuk-batuk kahak waktu pagi.

Comments

comments

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here