Hampir Putus Asa Nak ajar Anak Solat? Nanti dulu..

0
3058
tips anak mudah solat
suruh anak solat

Dikala hening Subuh..

“Muiz , baca Fatihah perlahan-lahan sayang..Allah tengah dengar tu”

Petang hari yang sama..

“Muiz, cepat solat Asar..dah nak Maghrib ni”  (nada cemas)

Dialog waktu Maghrib hari yang sama:

“Muiz, baca doa lepas wudhu sayang..nanti boleh pilih nak masuk mana-mana pintu syurga”

Dialog sebelum tidur..

“Aduh..pinggang mak rasa sakit sangat..lama sangat duduk kat lantai masa program solat cara Nabi tadi..mak dah tua agaknya”

.

.

Dan struggle yang sama berlangsung setiap hari. Untuk terus kekal mengingatkan anak tentang mendirikan solat fardu 5 waktu.

Penatkan? Tapi saya tidak langsung rasa penat.

Kerana Allah sudah awal-awal lagi mengingatkan saya tentang struggle yang bakal saya hadapi dalam Surah Taha:

suruh anak solat

Perhatikan tambahan huruf ط pada kalimah وَاصْبِرْ memberi petanda bahawa kita memerlukan extra kesabaran dalam mendidik anak untuk solat.

Maha Suci Allah yang penuh bijaksana kerana dari awal telah prepare mindset setiap ibu ayah supaya bersedia untuk hadapi kesukaran dalam didik anak bersolat.

Setelah saya berjumpa dengan ayat ini dan belajar tafsirannya, saya menjadi lebih tenang dan bersedia secara  mentally dan physically dalam proses mendidik ini.

Saya tidak lagi stress melampau bila berhadapan dengan pelbagai karenah anak dalam mendidiknya mendirikan solat.

Dengan Izin Allah anak lelaki saya sejak berusia 7 tahun tidak pernah lagi meninggalkan solat fardhu,

walaupun dalam keadaan sakit dia tetap akan berusaha untuk tunaikan solat dalam cara duduk atau baring.

Disini saya kongsikan tips didik anak mudah solat yang sentiasa saya amalkan:

1. Doa

Doa yang paling cantik telah diajar dalam Al Quran supaya setiap zuriat keturunan kita tetap mendirikan solat.

Inilah doa yang dibaca Nabi Ibrahim untuk zuriat keturunannya yang telah dimakbulkan Allah pada hari ini.

suruh anak solat

Setiap kali membaca doa ini saya akan bayangkan wajah kedua-dua anak saya kerana saya berhajat anak keturunan saya terus kekal mendirikan solat walaupun ketika saya tiada lagi.

Sungguh kita hamba yang lemah, pergantungan kita hanya pada Allah semata.

Doa ialah cara kita komunikasi dengan Tuhan mengenai isi hati kita.

Berterus terang dengan Allah segala isi hati kita.

tips anak mudah solat
suruh anak solat

2. Terangkan pada anak 

Apa maksud solat? Ceritakan sirah bagaimana Rasulullah saw terima perintah solat?

Saya ceritakan maksud solat pada anak iaitu solat ialah penyambung antara kita dengan Tuhan.

Dan Nabi Muhammad saw perlu naik ke tempat yang paling tinggi ketika peristiwa Isra’ Mi’raj untuk terima perintah solat 5 waktu.

Betapa istimewanya solat kerana ia ibarat hadiah buat setiap Muslim.

Anak perlu rasakan bahawa solat ialah hadiah terindah dari Tuhan kepada HambaNya.

Bukan satu bebanan.

3. Suruh dengan kasih sayang.

Kita ada pilihan.

Untuk suruh dengan cara ugutan,marah-marah atau suruh dengan cara penuh kasih sayang.

Cara mana yang lebih berkesan untuk didik jiwa anak?
Supaya kita dapat melahirkan anak yang merindui solat?

Pastilah dengan cara suruh dengan penuh kasih sayang.

Ayat offer yang selalu saya berikan pada anak perempuan saya ialah:

“Solehah nak sama-sama dengan mak, ayah dan Muiz kat syurga nanti?

Kita semua pimpin tangan kat sana, Jom solat sama-sama sayang”

Saya perhatikan anak yang disuruh dengan kasih sayang akan sangat mudah dirikan solat.

Siapa yang tidak suka rasa disayangikan?

4. Sabar 

Nak ajar solat bukan kerja sehari dua.

Tapi ianya didikan yang mengambil masa bertahun-tahun.

Nak lahirkan anak yang rasa diperhatikan Allah bukan kerja yang mudah.

Dan inilah sebenarnya tujuan solat 5 waktu iaitu supaya anak sentiasa rasakan bahawa dirinya sentiasa dalam perhatian Allah.

Solat yang sempurna akan menjadi dinding dari perbuatan maksiat dan mungkar.

Jadi bila anak tunjuk macam-macam karenah, kita sebagai ibu bapa perlu rasional dan ingat semula arahan Allah dalam surah Taha supaya وَاصْطَبِرْ iaitu tingkatkan kesabaran!

.

.

Semoga Allah membimbing setiap kita dalam mendidik zuriat yang teguh mendirikan solat dan mengurniakan kita kesabaran yang tertinggi dari sisiNya.

Amin Ya Rabb.

 

Comments

comments

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here