“Kenapa Kita Perlu Solat Ibu? Kita Tak Nampak Allah Pun..”

0
1405
pokok besar

“Kenapa kita perlu solat Ibu?
kita tak nampak Allah pun..kenapa kena solat pada sesuatu yang tak nampak?”

Seorang ibu mengadu pada saya soalan anaknya.
Anak yang berusia 8 tahun itu keberatan untuk solat.

Terus terngiang-ngiang ditelinga saya suara Ustaz Syaari masa kelas Ibrah Surah Luqman yang lepas.
Jawapannya ada dalam Surah Luqman.

Luqman mendidik anaknya mentauhidkan Allah dahulu, kemudian baru anak itu disuruh bersolat.

Kalau kita lihat nasihat Luqman pada anaknya dari ayat 12 ke 17, langsung tak sentuh pasal solat.

Sebelum bersolat, Luqman perintahkan anaknya untuk:

1) Bersyukur kepada segala nikmat yang Allah berikan.

2) Jangan syirikkan Allah.

3) Buat baik kepada kedua Ibu Bapa

4) Percaya pada perkara yang ghaib iaitu Hari Pembalasan.

Luqman beri analogi perbuatan yang baik atau buruk yang walaupun seberat biji sawi, kemudian ia tersembunyi di celah batu besar. Allah al Khabir mampu untuk keluarkan apa yang tersembunyi itu untuk dihakimi dan dan diberi balasan.

Melalui nasihat Luqman ini, kita boleh bayangkan Islam ini ibarat sebuah pohon.

tips anak solat

AKAR bagi pohon ini ialah pendidikan akidah.
Asas akidah yang perlu kita ajar pada anak ketika usia 0-6 tahun ialah:

Siapa Allah? 
Nama dan Sifat Allah dalam Asma ul Husna? 
Nikmat Allah yang ada pada tubuh kita dan sekeliling yang boleh anak lihat, rasa dan dengar?

Apabila benih akidah dah berjaya disemai dan menjalar menjadi akar yang kuat,
maka akan lahirlah pohon berbatang kuat, berdaun rimbun dan berbuah.

Batang yang kuat ini ialah IBADAH (yang wajib seperti solat, puasa dan lain)

Daun yang rimbun ialah Ibadah Sunnah.

Buah ialah AHLAK yang cantik.

Pentingnya untuk kita sebagai ibu bapa untuk faham perkara ASAS dalam pendidikan anak.

Dalam Fasa Pendidikan anak,
Allah perintah kita sebagai ibu bapa untuk suruh anak bersolat pada usia mereka 7 tahun dan perintah solat akan jadi mudah jika benih akidah SUDAH DITANAM pada usia 0-6 tahun.

Bagaimana jika kita terlepas untuk semai akidah pada usia 0-6 tahun?

Jangan risau ibu ayah. Tiada istilah terlambat untuk anak-anak kita.

Rahmat Allah tu luas sekali. Jadi bila kita dah faham mengenai perkara ASAS dalam pendidikan anak,

Kita perlu bermula semula dari perkara yang paling BASIC,
iaitu bagaimana nak tanam benih dan semai akar yang kuat.

Tidak kisah anak tu umur 8 tahun ke, 15 tahun atau 18 tahun sekalipun.

Ajar semula anak mengenal Allah dan kejadianNya.

Anak perlu selalu merasakan kewujudan Allah dan adanya Hari Pembalasan

Tiada istilah terlambat dalam kembali semula pada Allah

Semoga penulisan ini dapat menjawab persoalan kenapa anak menolak atau malas untuk bersolat apabila meningkat usia 7 tahun dan keatas.

Didoakan setiap yang membaca post ini dikurniakan anak yang soleh yang kekal bersolat walau dalam apa jua keadaan.

Amin Ya Rabb.

Comments

comments

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here