Didik Anak Seteguh Pemuda Al Kahfi

0
2060
kisah pemuda al kahfi

Rasa rugi pula kalau tak kongsi ilmu ini..

saya tak nak tamak simpan sorang ilmu ni

Setiap hari Jumaat kebiasaannya saya hanya membaca surah Al kahfi

Tapi kali ini diberi kelapangan oleh Allah untuk ‘upgrade‘ ilmu bila dapat dengar ibrah mengenai pemuda Al Kahfi

Rasa takjub mengenai kisah pemuda ni belum hilang lagi..

Dan seolah berjumpa jawapan bagi soalan yg selalu ditanya oleh kebanyakkan ibu bapa yang pernah berjumpa saya sebelum ini.

Ramai yang bertanya sejauh mana kita boleh kawal anak kita?

kisah pemuda al kahfi
surah al kahfi

Bila dilepaskan bergaul di sekolah terlalu banyak influence dari kawan sebaya.

Macam mana untuk didik anak supaya mampu ‘teguh‘ bila bergaul dgn rakan sebaya

Sedikit Ibrah dari kisah pemuda Surah Al Kahfi yang mampu menjadi panduan dalam kita mendidik anak

1) USIA & BILANGAN

Sebut sahaja perkataan ‘pemuda‘..pasti dalam minda kita terbayang anak yang berumur masih muda remaja.

Tapi umur sebenar pemuda Surah al Kahfi hanya Allah yang tahu, Wallahua’lam.

Pemuda ini bilangan mereka tidak dapat dipastikan..bilangan mereka bukan sesuatu yang significant..bukan sesuatu yang Allah minta kita fokus bila baca kisah ni.

Jangan gaduh-gaduh fikir mereka ni 7 orang, 5 orang ke atau 3 orang.ini bukan focus surah ini.

2) KEKAL BERIMAN

Fokus utama ialah bagaimana pemuda ini boleh kekal beriman pada waktu masyarakat sekeliling mereka kafir dan bermaksiat.

3) BERSATU DALAM KEIMANAN

 

kisah pemuda al kahfi
Surah al kahfi

Point yang lebih menghairankan ialah mereka kekal dengan iman yang teguh dan support sesama mereka dalam keimanan.

Sedangkan kita lihat pemuda zaman sekarang bila duduk berkumpul bersama, lebih terdorong untuk bermaksiat bersama.

Pengalaman saya ketika dizaman sekolah dulu, pelajar lelaki bila berkumpul mesti nak cuba hisap rokok dalam toilet sekolah..
Tukar-tukar cd lucah, buat perkara MAKSIAT yang lain.

Zaman universiti pula ada kawan lelaki yang ‘fly‘ lompat pagar untuk pergi midnight movie atau yang dikalangan berduit akan pergi ‘clubbing’

Belum cerita bab ‘couple‘ lagi

Semua ini cerita biasa anak muda yang suka ‘cuba-cuba’.

Sebaliknya berlaku dalam kisah pemuda Surah Al Kahfi ini

Mereka memang ‘rare species‘.

Bila berkumpul mereka saling mengingatkan mengenai Allah

Inilah point yang Allah nak kita fokus dalam kisah Al Kahfi

Anak muda ada potensi besar dalam membangunkan agama

Cuma bagaimana kita nak bentuk acuan mereka? Fikrah dan matlamat?

4) DOA SEBAGAI PERISAI

Pemuda al kahfi
Surah al kahfi

Pemuda Al Kahfi ini sangat kuat pergantungan pada Allah

Apabila mereka mengaku depan Raja bahawa mereka menyembah Tuhan langit dan bumi, sudah mereka tahu akibatnya

Doa yang mereka baca ketika menghadapi ujian itu terkandung dalam ayat 10 Surah Al Kahfi:

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

“Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”.

Doa diatas ini sepatutnya diajar pada anak setiap hari sebelum ke sekolah,

kalau tak mampu nak ingat, tulis dan tampal kat pintu rumah atau dashboard kereta.

Semoga anak-anak kita terus kekal berada dalam hidayah dan redha Allah

terlindung dari pengaruh negatif rakan sebaya dengan Izin Allah

Membesar dan membangunkan semula masyarakat Islam yang sedang tenat

Yakinlah setiap anak kita berpotensi menjadi seperti pemuda surah Al Kahfi

Jika dibentuk dengan acuan AlQuran dan Hadith

 

Comments

comments

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here