Siapakah saya?

0
240

Pagi itu, pensyarah memulakan kelas dengan pertanyaan yang punyai makna mendalam.

“Siapakah anda?”

Pelbagai jawapan yang keluar.

“Saya seorang pelajar.”

“Saya seorang wanita.”

“Saya seorang muslim.”

Dia bertanya lagi.

“Siapakah anda?”

Kali ini satu kelas diam. Kerana pasti, dia menghendaki jawapan yang berbeza.

“Jika seorang itu digelar ‘si tinggi’, tiba-tiba dia diuji kemalangan mengakibatkan tiada kaki. Masihkah kita gelarkannya ‘si tinggi’?”

Masing-masing tersenyum-senyum sambil memandang raut wajah pensyarah separuh abad itu.

“Kamu, bila dah mati nanti, orang-orang sekeliling panggil jasad kamu dengan nama sebenar atau gelar ‘jenazah’ ?”

– “Kalau dah mati, orang tak panggil jasad tu dengan nama, prof. Orang dah panggil ‘jenazah’ atau ‘arwah’. “

“Jasad tu tiada nama bila kamu mati? Habis tu, nama kamu tu sebenarnya milik siapa kalau bukan jasad tu?”

– “Nama tu pergi sekali dengan roh.”

“Maksudnya nama kamu tu hakikatnya merujuk roh kamu? Jadi definisi diri kamu yang sebenar adalah diri roh tersebut?”

Satu kelas terdiam seketika. Menanti penerangan lanjut daripada seorang professor.

_____________________________

Antara diri jasad dan diri roh.

Bergabung dan tak terpisah.

Hakikatnya, kedua-duanya berbeza.

Realitinya definisi sebenar seorang manusia itu adalah diri rohnya. Kerana itulah definisi yang kekal abadi dan dibawa ke kehidupan selepas kematian.

Diri roh itu meminjam jasad tubuh manusia untuk menempati alam dunia. Saat meninggalkan alam dunia, diri roh itu keluar daripada jasad yang bersifat sementara itu.

Lalu….

Ketika diri terluka, sakit fizikal.

Cari rawatan fizikal, tanpa melupakan diri roh. Rawat fizikal dengan ubat sewajarnya. Dan rawat diri roh dengan membajai sabar, redha dan syukur. “Tuhan, ini ujian dariMu. Seandainya engkau ambil nyawaku kerana sakit ini, yang paling utama untuk diselamatkan adalah status iman rohku. Kerana itu yang menentukan selamat atau tidak di negeri yang abadi.”

Ada manusia sakit fizikal di dunia sementara.

Namun, jika roh itu tidak dirawat sehingga ajal menjelma, bukankah akibat buruknya bersifat kekal dan abadi, dibawa selepas mati?

Andai sakit fizikal benar-benar parah sehingga tiada solusi, apa pendapat untuk tidak lupa merawat diri roh? Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Tak dapat rawat fizikal, paling tidak iman itu sempat diselamatkan agar saat pergi dari dunia yang sementara ini, dapaat bertemu Tuhan dalam keadaan hati yang sejahtera, menempati kehidupan yang abadi, bahagia selama-lamanya

Hari ketika tiada lagi berguna harta dan anak-anak kecuali orang-orang yang datang menghadap Allah membawa hati yang selamat.

asy-syura, 88 – 89

========================

Ketika diri rasa terganggu, sakit kognitifnya, Seringkali terlihat imbasan pemikiran yang merobohkan jiwa…

Cari rawatan meluruskan pemikiran. Bayangkan sahaja setiap pemikiran ibarat watak-watak yang berlalu di hadapan. Setiap satu boleh dibuang jauh-jauh. Bukan melekat pada diri. Kau masih punya kuasa mengutip segala pemikiran sampah tersebut dan membuangnya ke luar jendela.

Kerana barangkali pemikiran tersebut bersumberkan syaitan.

 

Yang membisikkan hasutan dalam dada (sudur) manusia, dari kalangan jin dan manusia

An-Naas, 114 :

“Aku tahulah surah An-Nas cakap tentang ni. Tapi kenapa aku masih rasa segala apa yang aku fikir adalah aku. Kalau aku fikir yang teruk-teruk, hah, akulah tu!”

– “Sulit membezakan bukan? Sebab memang pemikiran itu dinampakkan seolah-olah diri kita sendiri. Sedangkan realitinya, syaitan datang dari depan, kiri, kanan dan belakang. Tinggi kemungkinan sebenarnya mereka yang jahat bukan kau. Nabi Yaakub pun cakap macam tu pada Nabi Yusuf. Bukan abang-abang dia yang jahat sebenarnya tetapi syaitan.”

Dia (ayahnya) berkata “Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, mereka akan membuat tipu daya (untuk membinasakan) mu.

Sesungguhnya syaitan itu musuh yang jelas bagi manusia.”

Yusuf, 12 : 5

Begitu didikan seorang ayah soleh kepada anaknya.

Kesan didikan ini, Nabi Yusuf juga mengatakan hal yang sama ketika memaafkan adik-beradiknya. Hakikatnya, syaitan itulah yang musuh, bukan adik-beradik.

Dan dia mengangkat kedua-dua orang tuanya ke atas singgahsana. Dan mereka (semua) tunduk bersujud kepada (Yusuf). Dan dia (Yusuf) berkata “Wahai ayahku! Inilah tadbir mimpiku yang dahulu. Dan sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya kenyataan. Sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku daripada penjara dan ketika membawa kamu daripada dusun,

setelah syaitan merosakkan (hubungan) antara aku dengan saudara-saudaraku.

Sesungguhnya, Tuhanku maha lembut terhadap apa yang dia kehendaki. sesungguhnya, dia yang maha mengetahui lagi maha bijaksana.

yusuf, 12 : 100

 

Seperti apakah dada (sudur) itu? Ibarat satu ruang yang tak henti-henti dengan pemikiran sendiri bercampur bisikan-bisikan syaitan? Bagaimana mengenalpasti mana satu bisikan syaitan, mana satu pemikiran hati sendiri (fuad) yang terdalam? Bagaimana untuk tak mengikuti pemikiran yang dipacu bisikan syaitan?

dan barangsiapa yang berpaling daripada pengajaran allah yang maha pemurah, kami biarkan syaitan menyesatkannya dan menjadi teman karibnya.

az-zukhruf, 43 : 36

Syaratnya satu.

Fahami Quran. Jangan berpaling daripada pengajaran Ar-Rahman.

Kerana syaitan hanya membisikkan segala yang bertentangan dengan Quran.

Meskipun kita tak punya kuasa menghalang syaitan daripada membisikkan pada dada (sudur) kita, tetapi, Tuhan menyediakan penawar di sudur yang “bising” itu.

wahai manusia! sesungguhnya, telah datang kepadamu pengajaran (al-quran) daripada tuhanmu,

penyembuh bagi penyakit yang ada di dalam dada (sudur),

dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.

Yunus, 10 : 57

___________________

 

Kembali kepada persoalan.

Siapakah saya?

Siapakah saya yang abadi selepas kematian?

Sudahkah saya yang abadi itu memenuhi fungsi ketaatan sepanjang rentang kehidupan di dunia?

Sudahkah diri roh itu mendapat makanan Qurannya sehingga menggerakkan jasad pinjaman sementara di dunia ini sesuai pedoman Tuhan?

Lihat cermin. Berani katakan pada diri?

” Hai awak, Saya sedang pinjam jasad awak di muka bumi ini. Saya hanya memiliki awak di dunia ini sahaja. Suatu masa kelak, awak adalah milik Maliki Yaumiddin. Saya dah takde kuasa pun terhadap awak waktu tu…”

pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.

An-nur, 24 : 24

Lihat lagi cermin. Katakan pada diri.

“Awak, Sementara saya sedang pinjam jasad awak yang sementara ini, saya nak guna awak sebaik-baiknya mengikut piawai Tuhan ok. Kalau awak rasa sakit fizikal… itu sementara sahaja di dunia, Itu awak yang sakit. Utamanya sambil mengurus sakit awak, saya kena urus juga diri roh saya agar sihat iman kerana diri saya (roh) yang abadi ini yang akan menghadap Tuhan.

Kalau awak rasa sakit emosi, Peluk diri, pujuk diri, itu sementara sahaja di dunia… utamanya diri roh saya juga kena diurus memaknai segala ujian emosi itu dengan petunjuk Tuhan. Kerana diri roh ini yang akan bertanggungjawab selepas kematian.

Kalau pemikiran awak bercelaru dan sakit, itu awak yang sakit. Dan itu sementara sahaja di dunia ini. Utamanya, diri roh ini boleh dilentur dengan petunjuk Al-Quran sehingga pemikiran itu kembali jernih. Ok? Lets work together menghabiskan masa berbaki hidup di dunia ini selari petunjuk Tuhan”

 

______________________________________

Connect dengan diri yang sebenar.

Jangan lupa servis diri yang paling dalam.

dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan allah, lalu allah menjadikan mereka melupakan diri mereka sendiri. mereka itulah orang-orang yang fasiq

al-hashr, 59: 19

Comments

comments

SHARE
Artikel sebelum iniPemuda Beridentiti Teguh..Seteguh Musa dan Yusuf
Artikel seterusnyaSyukur 3 dimensi
Ayat Ibrahim
Graduan dari Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Dietetics. Juga memiliki Master of Education (guidance & counseling) dan sedang melanjutkan PhD in Education (Specialization:counseling). Minat mendidik manusia, bina modul robbani dan suka menulis.

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here