Formula Pengasih Yang Ramai Terlepas Pandang

0
2375
surah taha

“Kenapa dah lama tak hadir kelas?”

-“Sibuk dengan urusan rumah. Lagipun suami saya ni nak makan 3 menu berlainan setiap hari.”

“Breakfast, lunch dinner semua makan lain²?”

-“Ya, nak makanan berat pula tu, tak nak yg simple².”

“Kenapa tak nego dengan dia?”

-“Taknaklah. Takut dia cari perempuan lain.”

=========

Sangkanya, dengan taat & mengikuti kehendak suami, suaminya akan berada di sisinya

Lalu lebih sanggup mengorbankan iman, mengetepikan pengajian Al-Quran, demi mengikat ikatan hati dengan suami.

Tetapi, skrip kehidupan begini mungkin ada yang tahu hujungnya bukan?

Berlaku pada teman² yang dekat. Akhirnya si suami masih mencari isteri baru, mensia-siakan yang lama.

Tiada jaminan rupanya segala pengorbanan akan mengikat hati.

Kerana hati itu rupa-rupanya hanya Tuhan yang mampu mengikatnya.

Pagi ini tatkala menelusuri surah Taha, lama memikirkan babak sejarah Nabi Musa yang diasuh musuh, Firaun.

Lihat apa kata Allah dalam surah Taha ayat 38-39:

nabi musa

Ajaib..

Kita, tatkala dimarahi hari-hari oleh si fulan, memang terus terdetik di hati

“Dia ni memang tak sayang aku. Jangan haraplah dia nak buat baik kepada aku.”

Tetapi, Firaun yang bahkan membunuh anak-anak lelaki, tiba-tiba berubah hatinya penuh kasih kepada bayi kecil bernama Musa.

Kuasa Tuhan.

Dia mampu menjalin ikatan kasih antara dua manusia meskipun akal manusia sulit menerima.

======

Justeru, mengharapkan terjalin kasih sayang antara sesama?

Tetaplah meletakkan Allah di posisi tertinggi.

Penuhi hak-hak Tuhan.

Taati segala perintahNya. Jauhi laranganNya.

Dan bermohonlah pada Tuhan segala yang dihajati.

Jangan sampai pasangan & anak² yang disayangi itulah menjadi penyebab diri makin jauh daripadaNya dan semakin buta kalamNya.

 

Comments

comments

SHARE
Artikel sebelum iniHanya Dia
Artikel seterusnya
Ayat Ibrahim
Graduan dari Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Dietetics. Juga memiliki Master of Education (guidance & counseling) dan sedang melanjutkan PhD in Education (Specialization:counseling). Minat mendidik manusia, bina modul robbani dan suka menulis.

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here