Racun dalam mainan anak-anak di rumah

0
621
racun mainan

Rata-rata ibu bapa akan belikan anak-anak mereka mainan dan perhiasan tanda kasih sayang.

Anak-anak ini suka sangat kalau mainan mereka ni warna-warni…ada bling-bling..bahagia rasanya bila tengok anak gembira.

Tapi ibu bapa kena hati-hati ya..sekarang ni kes kanak-kanak autisme dah jadi macam wabak.

Sains belum menemui punca sebenar penyakit ini. Maka perkara kecil seperti ini harus diberi perhatian serius.

Tahu tak mak ayah yang prihatin, amatlah tinggi risiko bahan toksik PLUMBUM di dalam mainan anak- anak kita.

.

BAHAN MAINAN TERCEMAR PLUMBUM
———————————————————–

Menurut Centre for Disease Control (CDC), sumber utama keracunan plumbum ialah:

1) Mainan kanak-kanak plastik.
– Plumbum digunakan untuk melembutkan dan menjadikan plastik lebih fleksibel.
– Apabila terkena cahaya matahari, udara dan detergen, plastik ini akan menjadi debu mengandungi plumbum tercemar.

2) Warna pada mainan kanak-kanak.
– Walaupun sudah diharamkan, pewarna tercemar plumbum masih lagi boleh didapati di pasaran.
– Pada tahun 2014, Kementerian Perdagangan mendapati banyak barangan mainan kanak-kanak yang diseludup masuk daripada China tercemar dengan logam berat plumbum ini.
.

BAHAN TOKSIK PLUMBUM
———————————————

– Plumbum merupakan logam berat yang tidak mempunyai nilai paras yang selamat di dalam badan.

– Ia sangat toksik kepada sistem saraf, sistem darah dan organ hati dan buah pinggang.

– Keracunan akut (emergency) adalah jarang dan berkait pekerjaan.

– Keracunan biasanya adalah dalam dos rendah secara jangka masa panjang (kronik).

– Penyerapan dan keracunan pada kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding dewasa.

– Kesan paling merisaukan ialah kepada sistem saraf yang mana kesan keracunan plumbum boleh menyebabkan KEROSAKAN KEKAL.

– Kajian saintifik merumuskan bahawa logam berat plumbum memberi KESAN BURUK YANG SIGNIFIKAN PADA DOS YANG RENDAH dan setakat
ini rawataan secara “chelation” tidak dapat memulihkan kesan kerosakannya.

– CDC mengesahkan kanak-kanak dengan paras lebih rendah daripada 10 mcg/dL boleh menderita masalah:

1) Rendah IQ
2) Lambat bercakap
3) Hilang pendengaran
4) Masalah pembelajaran
5) Lambat atau kurang membesar
6) Masalah tingkahlaku seperti ADHD, agresif dan ganas.

.
Selain itu, kajian menunjukkan plumbum boleh mencemari susu badan dan juga bayi dalam kandungan.

Paras plumbum darah yang tinggi pada wanita hamil boleh menyebabkan keguguran, bayi kurang berat, bayi pramatang dan juga masalah perkembangan kemudiannya pada zaman kanak-kanak.

Menurut PROF. MADYA DR. MOHD. HASNI JAAFAR, Pakar Kesihatan Persekitaran dan Toksikologi, Pusat Perubatan UKM:
(Diterbitkan oleh Utusan Online, Jun 2017)

“Kajian darah pusat bayi baru lahir di Kuala Lumpur menunjukkan hampir 30% daripada mereka mempunyai paras plumbum
melebihi 10 mikrogram per desiliter, tahap yang dibenarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Satu kajian lain turut mendapati ibu-ibu hamil di kota ini mempunyai paras plumbum yang agak tinggi.

Kajian-kajian tersebut telah dilakukan pada awal tahun 2000, yang secara tidak langsung boleh meramalkan
akan berlaku peningkatan kes-kes juvana seperti buli, vandalisme, dadah dan kerosakan akhlak dalam jangka masa 15 tahun selepas itu.

Kini, pada 2017, kita dapat mendengar pelbagai masalah salah laku dalam kalangan remaja kita.”

SIMTOM BERKAITAN KERACUNAN PLUMBUM.
————————————————————————-

Semua sistem di dalam badan boleh terjejas kerana keracunan plumbum ini.
Antaranya:

1) Hilang selera makan
2) Sakit perut
3) Muntah
4) Kurang berat badan.
4) Sembelit
5) Kurang darah merah.
6) Kerosakan buah pinggang.
7) Mudah marah/tersinggung.
8) Lesu
9) Masalah pembelajaran
10)Masalah tingkahlaku
11)Kebas hujung kaki dan tangan
12)Hilang memori

.
Dahsyat bukan kesan plumbum kepada kesihatan kita..semua sistem kita mungkin terjejas..perlahan demi perlahan.
Ini bukan bermakna tak boleh beli mainan. Cuma kita perlu lebih berhati-hati dan ambil langkah pencegahan.
.

4 LANGKAH PENTING PENCEGAHAN
————————————————————-

1) Pilih mainan yang berlabel MC
( Malaysian Conformity).
Mainan ini mematuhi piawaian keselamatan termasuk bebas plumbum insha Allah.

2) Plumbum sangat minima kesannya jika bersentuhan berbanding melalui sedutan pernafasan ataupun mulut.
Maka jauhkan pewarna atau permainan yang mungkin tercemar plumbum daripada anak kecil yang suka masukkan mainan dalam mulut.

3) Elakkan mainan lama terdedah matahari . Buang sahaja jika plastik sudah mengeras dan luluh warnanya.

4) Sepertiga mainan daripada China didapati tercemar plumbum. Elakkan jika mampu. Jika tidak, mungkin perlu lebih penekanan
tentang 3 poin penting di atas.

.
Jika anda berminat mengetahui mengenai bahan mainan toksik plumbum, boleh rujuk katalog menarik dikeluarkan oleh badan jaringan NGO pembasmi bahan toksin POPs iaitu IPEN…
http://ipen.org/documen…/toxic-toy-store-catalog-spring-2017

Barangan mainan ini mungkin sudah berada di rumah kita.

Semoga kita dijauhi daripada bahaya logam berat toksik ini..
Jangan biarkan anak-anak kita menjadi mangsa kealpaan kita..

Comments

comments

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here