Minuman tenaga? Kesilapan kita yang memudaratkan kesihatan anak

0
271
minuman tenaga kanak-kanak
minuman tenaga

Satu masa dahulu, minuman ini menjadi kegilaan anak-anak, digelar sebagai minuman pemberi tenaga segera

Betul tak salah apa yang didakwa oleh label mengikut “standard” definisi kalori= tenaga.

minuman tenaga kanak-kanak
minuman tenaga
  1. 44 gram serbuk ini membekalkan 44gram karbohidrat (gula) jenis paling cepat serap, gula Dextrose monohydrate iaitu “Gula pior”.

2. Gula dextrose monohydrate ini merupakan gula paling ringkas, paling cepat serap dalam darah dan tinggikan gula darah.

3. Penyerapan gula ini adalah hampir 100% secara teorinya..kerana gula jenis ini mudah diserap tanpa perlu susah dicernakan. Gula pasir tu baru indeks glisemik 65. Gula yang ni Indeks Glisemik mencapai 100!!

minuman tenaga kanak
minuman tenaga

Cuma masalahnya timbul bila kita ni bukan atlet.

# Ahli sukan guna gula sangat ringkas untuk tingkatkan insulin dengan sangat tinggi..supaya bawa masuk gula dan protein ke dalam sel untuk membina dan membaiki tisu yang rosak.

# Makanan protein yang diambil dengan sedikit karbohidrat (lebih baik karbohidrat kompleks) meningkatkan lagi penyerapannya sesetengah jenis asid amino.

# Peningkatan insulin darah secara kerap bagaimanapun menyebabkan rintangan insulin (insulin menjadi tak sensitif dan kurang berfungsi) mengakibatkan penyakit metabolik:

1) Kencing manis
2) Darah tinggi
3) PCOS (bengkak kilang telur)
4) Kolesterol jahat (triglyceride) tinggi, kolesterol baik HDL jadi rendah.
5) Obesiti – gula lebih tak dapat masuk sel simpan sebagai lemak!

Kesimpulannya, gula tinggi ni memang tak sihat bagi kebanyakan kanak-kanak.

American Heart Association (AHA) pun dah syorkan anak-anak berusia 2-18 tahun tidak sepatutnya ambik lebih daripada 6 sudu gula tambahan sehari..

Jika pure sugar macam 100% gula ni sepatutnya lagi rendah pengambilannya.

Macam mana nak bagi tenaga kat anak-anak?

minuman tenaga kanak
minuman tenaga

Berilah anak makan nasi.

Nasi beri sumber tenaga yang berpanjangan berbanding gula ringkas. Makan pula dengan lauk pauk yang terdiri dari sayur dan protein. Menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa untuk ajar anak makan secara sihat.

Lemak sihat yang cepat serap seperti santan dan susu kambing bukan sahaja memberi tenaga segera, tetapi TENAGA BERSIH! Takde kesan bakar gula yang berisiko merosakkan kesihatan.

.
Niat kita mungkin baik, tapi jangan sampai anak kita ketagih gula, mengamuk nak makan manis-manis dan jajan dan tidak mahu makan nasi dan makanan sihat.

 

Comments

comments

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here