Memaknai cinta tanpa syarat

0
813
an nisa

Cinta itu menyakitkan?
.

.

.

“Baguslah awak. Pandai masak, mengemas rumah, cantik pula tu. Kita kahwin jom.”

Si gadis yang disapa teruna itu terlihat gembira meskipun tersipu-sipu.

“Wah! Ada lelaki yang mahu menyara hidupku, menjamin masa depanku. Bahagianya.”

Saat dua jiwa bersatu, saling mengharap mendapat sesuatu, membangun rumahtangga dengan persepsi “Kau harus memenuhi segala hak aku.”

Lalu apa yang berlaku?

 

Si suami yang berangan-angan hidup bagai anak permaisuri, mengharap segala tugas urus diri diselesaikan isteri, mula naik angin tatkala si isteri tak sempat itu dan ini.

Si isteri yang mengharapkan keperluan dan kehendaknya dipenuhi, terus berkecil hati tatkala si suami hanya menghulur duit yang hanya cukup-cukup untuk kelangsungan hidup saban hari.

“Inikah cinta?”

Punah segala angan-angan.

Di manakah akan dicari cinta sejati? Seperti cintanya ibu dan ayah tak berbelah bahagi. Sanggup memberi tak henti-henti.

Memberi tanpa syarat.
Mencintai tanpa syarat.
Pengorbanan tanpa syarat.

______

Begitu seharusnya cinta sejati.

Bersedia persiapkan diri untuk terus memberi.

“Eh, tapi aku memang punya hak untuk dipenuhi! Bukankah itu fungsinya suami isteri?”

Apa pendapat kalian mengenai sudut pandang seseorang yang memfokuskan pada

“Apa lagi yang boleh saya beri / infaq hari ini kepada keluarga?”

Berbanding berfikir “Apa lagi hak saya yang tidak dipenuhi?”

Dua-dua menatijahkan tindakan berbeza.

Dan pasti, menatijahkan emosi dan sikap berbeza.

________________

Jika difikir logik, kasihan golongan lelaki muslim.

an nisa

Kerana Tuhan telah menetapkan tanggungjawabnya untuk infaq sebahagian hartanya demi kelangsungan hidup keluarga.

Wah, untungnya wanita muslim, telah ditetapkan perintah sebegini tanpa ada manusia mampu mengubah ketetapan peraturan Tuhan.

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian kalian atas sebahagian yang lain, dan juga kerana orang-orang lelaki itu telah membelanjakan sebahagian dari harta mereka.

An-Nisa’, 4 : 34

Tetapi logik akal manusia tidak mampu menandingi kebijaksanaan wahyu. Infaq yang dihulur  hakikatnya untuk kebaikan si suami terlebih dahulu kerana itulah yang menyelamatkan mereka daripada rugi di akhirat kelak.

Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? dan (ingatlah) allah sentiasa mengetahui akan keadaan mereka.

Sesungguhnya allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah. dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi dari sisiNya pahala yang besar.

an-nisa’, 4 : 39-38

Jika difikir logik, kasihan para wanita.

sura an nisa

Terpaksa berkorban nyawa dan kesihatan untuk mengandung anak berbulan-bulan lamanya seterusnya menanggung pengorbanan menyusukan si anak.

Terpaksa tidak cukup tidur dan rehat hanya untuk membesarkan si anak yang tidak mampu berdiri sendiri.

Andai pengorbanan itu disandarkan pada cinta manusia yang rapuh, pelbagai malapetaka boleh terjadi.

Bukankah pernah kita digemparkan dengan berita si ibu mendera si anak bahkan sanggup sampai ke peringkat bunuh?

Dari satu sudut yang lain, pernahkah terdengar berita sepasang suami isteri yang bertindak syirik, bertemu bomoh-bomoh hanya kerana mahu menyembuhkan si suami yang diuji kanser?

Berkali-kali anak-anak menasihati si ibu tetapi yang dijawab adalah “Kau nak ayah kau mati ke?”

Inikah cinta?

Cinta yang menyisihkan Tuhan.

_________________

Cinta itu indah tetapi boleh bertukar tragis jika disandarkan pada manusia.

Kerana realitinya manusia tetap lemah, hatinya mudah berubah. Sedangkan ujian badai itu tak pernah terduga.

Apa pendapat jika menyandarkan cinta pada Dia yang telah terlebih dahulu mencintai tanpa syarat?

Dia yang telah terlebih dahulu memberimu rezeki di alam rahim tatkala tiada manusia yang mampu memeliharamu.

Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaku. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang memberi rezeki yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga lagi yang maha kuat kukuh kekuasaannya.

Adz-dzariyat, 51:58

Justeru, mari membangun jiwa infaq yang disuburi cinta bersumberkan Ar-Rahman.

Penuhi hati dengan cinta Tuhan sehingga cahaya cinta itu mengalir melimpah-ruah kepada manusia lain.

“Aku memberi kerana Dia dan bukan dia.”

“Aku mencintaimu tanpa syarat, mengalirkan cintaku yang bersumberkan Tuhan Yang Maha Penyayang.”

Terlalu ideal manusia begini?

Pernikahan itu realitinya bukan tempat parasit mengambil kesempatan . Bukan juga tempat manusia pentingkan diri, mencari pasangan sebagai aset diri.

Tetapi pernikahan itu ladang amal soleh untuk memberi, lalu menuai hasilnya diakhirat kelak.

Pernikahan itu, dibangunkan bermula dengan kenalnya si hamba kepada Tuhan yang memberi segala.

Lalu membangun keluarga berjaya yang mendukung ruh infaq/ memberi tanpa mengungkit.

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

-Surah Al-Baqarah, Ayah 3

Comments

comments

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here