Benarkah Minyak Kelapa beracun?

0
173

Kecoh apabila seorang Profesor daripada Harvard mengatakan bahawa minyak kelapa asli adalah racun.

Katanya sebab lemak tepu ni penyumbat salur darah jantung dan otak menyebabkan strok.

Pendapat ini disokong oleh 37% Nutritionist.

Tetapi sebaliknya 72% rakyat Amerika berpendapat berbeza pula.

Minyak kelapa ini pada mereka sangat sihat mengikut survey The new York Times pada tahun 2016.

Persoalannya..

Sejak tahun bila pula minyak kelapa ini bertukar menjadi racun?

khasiat minyak kelapa

Masyarakat Puka-Puka dan Tokelauan daripada kepulauan Polynesia hidup dengan makan minum kelapa. Hampir tak pernah wujud sakit jantung dan strok.

Begitu juga masyarakat Kerala daripada India.

Dan juga masyarakat kepulauan Malaya.

Sejak zaman berzaman dan bertukar generasi, pokok kelapa sangat berbakti dalam kehidupan seharian mereka.

Jika dikaji, tak pernah berubah komposisi minyak kelapa..daripada zaman dulu lagi ia merupakan minyak tepu.

Bilakah munculnya penyakit kardiovaskular zaman moden ni?

Ianya hanya muncul pada tahun 1900-an kan?

Ia muncul selari dengan zaman industri barat dan penciptaan minyak-minyak zaman moden. Iaitu pada tahun 1900-an juga!

khasiat minyak kelapa

Masyarakat zaman dulu tidak ambil minyak soya, minyak biji matahari, minyak jagung..sebab bijian ni biasanya keras dan memerlukan banyak proses yang menggunakan mesin untuk dapatkan hasil minyak 

Minyak Canola sebenarnya berasal dari minyak beracun iaitu minyak erucic acid yang ” dicuci” dan dilabel sihat oleh industri barat.

Minyak paling toksik di dunia iaitu minyak trans diilhamkan sebab banyak sangat produksi minyak sayuran macam minyak soya dan minyak matahari.

Butter mahal masa tu walaupun demand tinggi. Jadi mereka tambah hidrogen untuk hasilkan marjerin yang penuh dengan Trans fat.

Malangnya industri Barat mempromosikan bahawa butter membunuh sebaliknya marjerin pula dikatakan lebih sihat. Sampai sekarang dakyah ni lekat dalam otak masyarakat kita walaupun USDA dan WHO sendiri dah declare perang pada Trans fat.

Berjuta yang sakit dan beratus ribu yang mati sebab penyakit kardiovaskular sejak minyak sayuran barat dan lemak trans diciptakan pada tahun 1900-an.

nasi lemak
khasiat minyak kelapa

Nenek moyang kita pada zaman dahulu tidak mati sakit jantung  disebabkan makan nasi lemak.

Kredibiliti Profesor daripada Harvard memang tidak dapat dinafikan namun penilaian semula perlu dilakukan oleh lebih ramai pihak yang berkaitan dengan industri ini.

Terlalu banyak kajian mengatakan hahawa minyak kelapa ini adalah superfood.

Setakat ini tiada kajian saintifik yang kukuh mengatakan lemak tepu menyebabkan masalah kardiovaskular.

Musuh sebenarnya ialah gula dan karbohidrat proses yang berlebihan.

Musuh sebenarnya ialah minyak sayuran barat berlebihan…dan kewujudan lemak trans!

 

Comments

comments

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here