Turki Aku Datang

0
905
itinerary istanbul

Saya mulai jatuh cinta dengan negara Turki sejak hadir Seminar Al Fateh anjuran Ustaz Syaari beberapa tahun lepas.

Sejak dari tu Turki masuk dalam list doa kerana saya berhajat untuk melihat sendiri tinggalan sejarah Uthmaniyyah.

Tapi bila dikaji dengan lebih mendalam rupanya terdapat banyak juga sejarah Rasul Allah disana

Bertambah teruja hati ni bila tahu Sanliurfa adalah kampung kelahiran Nabi Ibrahim a.s.

Kebetulan pula Turki sedang mengalami kegawatan ekonomi maka matawangnya jatuh teruk.

Nilai matawang lira jatuh sekitar 0.71 sen untuk 1 lira turki.

itinerary istanbul

Maka perancangan rapi mula dibuat seawal 6 bulan sebelum tarikh penerbangan.

Awalnya planning nak ke Turki pada musim winter kerana tiket murah pada musim tu.

Tapi kami batalkan hasrat bila fikirkan kesejukkan yang bakal menggigit tulang dan anak-anak mungkin meragam kerana sejuk.

Pengalaman melawat Xian china pada musim winter masih segar dalam ingatan..susahnya nak gerak kemana-mana kerana cuaca sejuk yang amat!

Saya dan suami mulakan pencarian tiket murah ke Turki melalui website https://www.skyscanner.com.my/

itinerary istanbul

Paling murah yang kami dapat ialah sekitar rm1.6k (return ticket) tapi sebab saya bertangguh nak confirmkan cuti sekolah anak-anak, akhirnya kami terpaksa beli tiket pada harga RM2K seorang.

Apapun masih berbaloi kerana penerbangan yang kami pilih iaitu SAUDI AIRLINESĀ  menawarkan khidmat 5 bintang walaupun pada harga mampu milik.

Luggage yang dibenarkan untuk seorang ialah 46 kg dan makan sebanyak 3 kali sepanjang penerbangan.

Kami pilih yang transit di Jeddah kerana harganya lebih murah berbanding direct flight.

Direct flight biasanya menelan harga hingga rm3k++ untuk seorang, jadi bayangkan berapa perlu dibayar untuk 4 orang sekeluarga seperti kami.

Total perjalanan dalam 14 jam termasuk transit. Alhamdulillah tak terasa penat mungkin kerana begitu teruja nak tiba di Turki.

Berkenaan penginapan sepanjang disana, ada yang kami book awal melalui https://www.expedia.com.myitinerary istanbul

Pada waktu kami booking hotel di Turki (5 bulan sebelum tarikh) banyak hotel masih menawarkan harga yang murah.

Jika anda bernasib baik, boleh dapat hotel bertaraf 5 bintang pada harga RM100-RM150 untuk semalaman berserta sarapan pagi.

Namun harga hotel naik mendadak apabila mendekati tarikh kami berangkat kesana. Fuh berpeluh juga bila tengok harga-harganya sebab kami bakal berada di Turki sepanjang 25 hari.

Syukur kerana ada beberapa tempat yang hot spot dah di booking awal seperti kawasan SultanAhmet di Istanbul. Kalau tak memang menangis la tengokkan harganya.

Salah satu hotel yang saya rekomen ialah The Million Stone Hotel kerana lokasinya yang begitu dekat dengan Masjid Sultan Ahmet atau Blue Mosque.

itinerary istanbul

Kami sempat solat subuh pada hari pertama tiba disana. Alhamdulillah.

Hotel ini juga sangat dekat dengan ikon pelancongan terkenal seperti Haghia Sophia, Basilica Cistern, Topkapi Palace dan Grand Bazaar.

Cuma faham-faham la yang harga restauran di area pelancongan memang berganda berbanding tempat lain.

Kalau nak cari tempat makan yang murah perlu gerak jauh sikit dari kawasan pelancongan, seperti ke kawasan Eminonou. Dunt worry boleh jalan kaki saja kesana.

Cuma saya nasihatkan jangan sekali-kali ambil teksi dari kawasan SultanAhmet ni kerana mereka tak guna meter bacaan. Harga yang dikenakan 3-4 kali ganda mahal dari sepatutnya.

Saya sekeluarga pernah hampir ditipu pemandu teksi tapi suami berkeras nak bayar pada harga sebenar, akhirnya pemandu teksi ni mengalah.

Dari kawasan SultanAhmet anda boleh naiki tram saja ke kawasan berdekatan. Harga hanya 2.6 lira untuk seorang. Sangat murah dan berbaloi.

itinerary istanbul

Pastikan beli Istanbulkart sebaik saja tiba di Istanbul (boleh beli kat Airport Istanbul) dengan harga 6 lira. Sekeluarga boleh gunakan satu kad saja dan paling penting jangan lupa top up duit sebelum naik. Mesin top up ada di mana-mana stesen tram dan bas.

Mudah sangat untuk gerak kemana-mana di kawasan SultanAhmet, Istanbul.

Penulisan ini hanya permulaan cerita dalam travelog kami. Nanti bakal saya kongsikan lagi tempat-tempat ziarah kami dan ibrah sepanjang kembara ke Turki.

Moga bermanfaat buat yang membaca. Jangan sekadar niat untuk melancong tapi jadilah pengembara yang mencari Ibrah dalam ayat-ayat Allah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

comments

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here