Tips Hafazan Anak Di Dalam Kandungan Ibu.

0
249
A7GEAW A pregnant woman holding her bump

Tahukah anda hafazan boleh bermula seawal anak dalam kandungan rahim ibu lagi?

Ini kerana fakta sains telah membuktikan bahawa bayi mula mendengar seawal 18 minggu ketika mereka didalam rahim ibunya.

Ajaib sungguh bagaimana Allah menjadikan bayi boleh mendengar semua bunyi yang datang dari luar.

Allah Maha Berkuasa telah berfirman didalam Al Quran mengenai kejadian penciptaan pendengaran seperti didalam surah Al Mulk, ayat 23 :

قُل هُوَ الَّذي أَنشَأَكُم وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمعَ وَالأَبصٰرَ وَالأَفئِدَةَ ۖ قَليلًا مّا تَشكُرونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.

Jika diteliti ayat-ayat Allah didalam Al Quran pasti kita akan menemui susunan yang berulang iaitu Allah menciptakan pendengaran terlebih dahulu, kemudian baru diikuti dengan penglihatan.

Dan fakta sains pada abad ini telah menemukan bahawa sistem pendengaran lebih awal matang berbandingan sistem penglihatan bayi.

Dari ilmu pengetahuan ini sebaiknya kita memanfaatkan pendengaran bayi dengan ayat-ayat Al Quran.

Cukupkah dengan membacakan Surah Yusuf dengan tujuan untuk memiliki anak yang cantik?

Surah Luqman untuk dapat anak yang bijak?

Surah Maryam supaya mudah melahirkan anak nanti?

Sebenarnya tidak ada salahnya kita beramal dengan surah-surah yang disebut diatas, cuma sebaiknya kita membaca seluruh al Quran kerana setiap surah didalam al Quran adalah istimewa disisi Allah.

Jadikan Al Quran sebagai teman karib kita sepanjang tempoh hamilkan anak.

Anak yang selalu mendengar bacaan Al Quran akan lebih mudah untuk menghafaz Al Quran apabila lahir nanti kerana sebahagian dari ayat ini sudah tersimpan dalam memori mereka.

Tetapi amalan memperdengarkan bacaaan Al Quran ini perlu diteruskan juga selepas kelahiran anak nanti.

Barulah mudah untuk kita mengajar hafazan keperingkat yang seterusnya.

Semoga ibu-ibu yang membaca penulisan ini dikurniakan zuriat soleh dan solehah yang mencintai Al Quran.

Amin Ya Rabb.

Comments

comments

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here