Inilah Cara Didikan Nabi Yang Mengikut Fitrah Anak

0
5355
didik anak cara nabi

“Kenapa anak saya leceh sangat nak disuruh bersolat?

Macam-macam drama dia buat setiap kali masuk waktu solat..stress saya fikirkan karenah anak saya ni puan..”

Sejujurnya ini rintihan yang biasa saya dengar dari ibu -ibu yang pernah saya temui

Ramai mengadu masalah yang sama

Bunyinya macam hampir putus asa..ada yang sampai melabel anak sebagai ‘malas solat’, ‘nakal’, ‘dah tak de harapan’

Allahuakbar, besar perkataan yang keluar dari mulut ibu-ibu.

Pucuk pangkalnya, mari kita fahami semula perkara paling asas dalam diri anak-anak kita,

Iatu setiap anak lahir dalam FITRAH sebagai seorang Muslim

“Tiada bayi yang lahir melainkan ia dilahirkan dalam fitrah, maka ibu bapa dialah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi “

Sebenarnya Allah sudah install segala jenis kebaikkan dalam diri anak dari awal kelahirannya

Tetapi faktor persekitaran dan cara didikan kita yang kadang-kadang mengagalkan anak mengeluarkan potensi dirinya yang baik dan yang gemarkan kebaikkan.

Untuk mengetahui cara didikan yang terbaik ialah melalui contoh yang ditinggalkan Nabi Muhammad saw,

Baginda tidak pernah gagal memotivasikan anak-anak kecil yang pernah hidup disisi baginda.

Lihat sajalah bagaimana cara Rasulullah saw berinteraksi dengan Ibnu Masood, Ibnu Abbas, Ali Bin Abu Talib, Jaafar bin Abu Talib, Anas bin Malik dan ramai anak-anak kecil lain yang pernah hidup dengan baginda.

Semua anak-anak ini pada kemudian harinya menjadi tokoh-tokoh penting dalam agama Islam

Nabi tidak pernah menafikan FITRAH anak -anak ini.

Berikut antara cara didikan Nabi Muhammad saw yang sangat meraikan FITRAH anak kecil.

  1. Awal-awal Mengenal Allah

Seperti yang kita sudah sedia maklum, setiap anak dilahirkan dalam keadaan FITRAH ingin mengenal Siapa Tuhan mereka.

Maka ibu bapa adalah lingkungan pertama yang anak akan bertemu dan belajar. Rumah adalah Madrasah pertama anak.

Tugas ibu bapa ialah mengajar tauhid kepada anak. Bukan ajar wudhu, puasa atau solat.

Bukan juga terus diajar flashcard sampai lupa nak introduce Allah dan SifatNya.

didik anak cara nabi

Anak yang tidak tumbuh dengan cinta dan kenal sepenuhnya kepada Allah kelak akan sukar untuk dirikan solat dan ibadat lain.

Kerana keyakinan anak tidak cukup dipahat ketika berusia bawah 7 tahun.

Jika ghairah dan cinta anak begitu tinggi pada Allah, mereka akan mudah terdorong untuk lakukan perkara yang Allah suka.

Maka diusia anak dalam linkungan 0-6 tahun, banyakkan cerita perkara ghaib kerana ditahap ini imiginasi anak mencanak tinggi.

Kaitkan segalanya dengan Allah.

Yang selalu saya amalkan dengan anak-anak ialah setiap kali saya bawakan makanan enak yang mereka gemar, saya akan beritahu ini adalah kurniaan dari Allah.

didik cara nabi

Saya petik ayat 37 dari surah Ali Imran ” هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ” yang membawa maksud “ini adalah kurniaan dari sisi Allah”

Supaya anak boleh kaitkan setiap rezeki yang mereka dapat sebenarnya bersumber terus dari Allah.

Juga apabila anak mulai sembuh dari sakit seperti batuk atau selsema, saya akan katakan pada anak bahawa Allah yang sembuhkan mereka. Bukan ubat yang mereka ambil.

Saya sedaya upaya fahamkan anak bahawa Allah adalah satunya kuasa Abadi yang wujud dan hanya pada Allah kita minta rezeki dan pertolongan.

Inilah asas dalam mengembalikan fitrah anak yang ingin mengenal siapa pencipta diri mereka.

2. Anak Mendambakan Suri Tauladan 

Satu kisah dari Ibnu Abbas yang cukup menyentuh hati saya ialah kisah bagaimana beliau ketika kecil sering melihat Nabi Muhammad saw bangun ditengah malam untuk solat.

“Aku menginap di rumah ibu saudaraku, Maimunah. Nabi saw biasa bangun untuk solat malam. Suatu malam, Nabi bangun, kemudian berwuduk yang ringan dari bekas yang tergantung. Setelah itu Baginda solat. Aku pun berwuduk sama seperti Baginda. Kemudian aku berdiri di samping kiri Baginda. Namun Baginda menarikku untuk diletakkan di sebelah kanan Baginda. Kemudian Baginda solat beberapa rakaat..”

Peristiwa ini sangat memberi kesan kepada jiwa Ibnu Abbas untuk beribadah pada waktu malam hasil dari contoh tauladan Rasulullah.

Baginilah sepatutnya kita dalam didikan kepada anak-anak. Menjadi contoh ikutan terlebih dahulu.

didik anak cara nabi

Jangan expect lebih dari anak jika kita sendiri tak sanggup nak lakukan sesuatu ibadah tu.

Kisah ini seperti satu teguran kepada saya dalam hal melakukan ibadat ditengah malam. Begitu sukar rasanya ingin korbankan kelazatan tidur semata-mata untuk beribadah kepada Allah.

Tetapi jika saya sanggup, janji Allah ialah anak saya juga pasti mengikut jejak langkah saya dalam beribadat dimalam hari.

3. Memberi Perhatian Penuh Kepada Anak-Anak

Part ni selalu ramai yang gagal kerana kita selalu terleka dengan FB, Insta, Whatsapp, Telegram dan segala jenis datuk nenek apps yang ada.

didik anak cara nabi

Diceritakan Nabi saw ketika menyampaikan khutbah kepada ramai orang, tiba-tiba datang cucunya Hasan berjalan kearah Baginda dan kemudian terjatuh.

Lantas Baginda turun dari mimbar lalu mendukung cucunya dan diletakkan dihadapan Baginda.

Mulia sungguh ahlakmu Ya Rasulullah,

andai kami dapat melayan anak kami sepenuhnya seperti mana engkau melayan cucumu,

pasti anak kami juga membangun sehebat Hasan R.A.

Tinggalkan sebentar handphone kita bila anak datang nak bercerita. Dengari mereka..santuni cerita mereka.

Seharian kita bekerja, anak sangat rindukan perhatian kita.

Inilah FITRAH anak yang mahukan perhatian kita.

.

Yakinlah bahawa tiada istilah anak nakal, degil, malas atau tiada harapan.

Yang ada hanya sangkaan kita yang sering menafikan FITRAH anak yang sukakan kebaikkan.

Andaikata anak sukar ikut nasihat kita, muhasabah semula cara didikan kita .

Semoga Allah bantu kita mendidik anak mengikut FITRAH mereka.

Comments

comments

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here