Ini 5 Amalan Untuk Buat Ibu Bapa Lebih Tenang

0
3466

Tipulah kalau ada ibu ayah yang cakap mereka tak pernah marah-marah anak dirumah

Sebenarnya setiap kita telah buat macam-macam kesalahan dalam mendidik anak
Tetapi ibu bapa yang baik ialah yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki kesalahan mereka sendiri.

Ini 5 amalan penting yang perlu setiap ibu ayah lakukan sepanjang membesarkan anak-anak.

Walaupun kita tidak sempurna tapi berusahalah untuk beri yang terbaik pada anak-anak.

Moga diringankan hisab didepan Allah nanti.

1) BANYAKKAN ISTIGHFAR

Bila rasa nak marah, tahan mulut dari cakap apa-apa.

Sebaliknya Istighfar kuat-kuat (sampai telinga sendiri dengar)

Lama-lama akan hilang sendiri perasaan nak marah pada anak.

Ibu bapa perlu sedar sebenarnya perangai anak mungkin ada kaitan dengan dosa kita pada Allah.

Ramai orang Alim yang kuat solat dan rajin berdoa pada Allah untuk dapatkan anak yang soleh.

Saya yang biasa-biasa dan berlambak dosa lagilah perlu gandakan amal ibadat jika berhajat nak anak soleh dan solehah.

Jadi sambil buat kerja dapur tu rajin-rajin lah istighfar minta maaf pada Allah.

Maksud perkataan أستغفر الله ialah:

“saya minta maaf ya Allah”

Mendalam sungguh maksudnya untuk kita sebagai insan pendosa.

2) SOLAT TAUBAT BILA TERMARAH ANAK

Alhamdulillah..yang ni ubat paling berkesan untuk rawat dosa kita,
saya sendiri dah cuba sendiri

Pernah baru-baru ni saya kurang sihat, habis anak lelaki saya kena marah teruk
dan saya rasa sangat menyesal

Saya dirikan solat taubat dan minta Allah bantu saya kawal marah

saya rasakan macam MAGIC sungguh kesan dia lepas solat taubat
kerana saya boleh kawal marah sepenuhnya..

Hanya Allah yang mampu beri kekuatan pada HambaNya, mintalah pada Dia yang pegang hati kita.

 

3) KURANG BERCAKAP, LEBIHKAN MENDENGAR.

Ni sangat penting bila anak mula melangkah umur 7 tahun dan keatas

kurangkan membebel..lebihkan mendengar cerita anak

Banyak sangat anak nak cerita especially bila mereka pulang dari sekolah

Nak cerita pasal kawan, pasal cikgu..

dengarkan je la cerita anak tu walaupun dia dah cerita berpuluh kali cerita yang sama

Jadilah BFF anak, jangan sampai anak kecewa sebab kita tak nak dengar cerita mereka..

Nanti anak cari teman lain

Ingat! teman kat luar sana bukan semuanya baik dan jujur dengan anak kita

4) PELUK ANAK SETIAP HARI

Ini WAJIB ye!

Kajian pun dah banyak buktikan peluk anak setiap hari akan beri kesan positif untuk imuniti badan anak, kurangkan tantrum, anak lebih bijak, bina self esteem tinggi..
Banyak lagi kebaikkan tak sempat nak tulis semua

Kesimpulannya mesti peluk anak 20 saat setiap hari

20 saat saja..

Dah peluk anak hari ni?
kalau belum, anak balik sekolah ni nanti boleh peluk mereka

Tunjukkan kasih sayang kita pada anak melalui pelukan
Kita mesti ‘be expressive’ dalam menunjukkan perasaan

Orang Barat sangat expressive berbanding orang melayu,
ikut contoh yang baik dari mereka

5) KURANGKAN EXPECTATION PADA ANAK

Sebab utama kita jadi stress ni biasanya kerana kita expect lebih-lebih dari anak

Minta anak cuci pinggan kena sampai berkilat-kilat baru kita puas hati!
kalau tak berkilat habis anak tu kena bebel

Ingat balik kita masa kecik macam mana?
Kita juga kurang sempurna..jadi jangan dewasakan anak sebelum usia mereka..
Kesian anak kita..

Benarkan anak buat silap..selalu saya pesan pada anak saya tak pe buat silap..yang penting kena usaha unuk tak ulang lagi kesilapan yang sama

Sebab Muslim yang baik tak jatuh dalam lubang yang sama berkali-kali..ini pesan saya pada anak

InshaAllah kalau dapat buat 5 perkara diatas ni, hidup kita akan lebih bahagia melayan karenah anak-anak kita

Semoga Allah bantu kita dalam menahan perasaan amarah,
dan sentiasa dapat berkata-kata yang baik pada anak walau apapun kesalahan mereka lakukan.

Ingat, Nabi melarang kita marah atau mencela ank kerana kesan perbuatan itu akan menimpa anak apabila mereka dewasa nanti.

Comments

comments

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here