Dewan Peperiksaan Subjek CV19

0
535

“Bila exam kita?” Alya bertanya.

“Subjek apa, yang?” Mashitah mahukan kepastian.

“Subjek coronavirus-19” Alya menjelaskan.

“Owh, Awal tahun 2020 nanti.” Asiah menjawab.

“Tak lama lagi tu. Tapi masih sempat buat revision.” Alya menjawab lega.

“Ye ke. Aku tak tahu nak study apa.” Laili yang dari tadi senyap tiba-tiba bersuara.

“Jangan risau. Ni exam open-book lah. Boleh cari jawapan masa tengah exam.” Mashitah memberi respon pada Laili

“Biasanya soalan open-book exam ni lah susah. Sebab soalan ujian dia boleh jadi macam-macam. Lebih baik ulangkaji siap-siap buku teks. Kalau tak, nanti bingung nak selak mukasurat apa.” Laili memberikan saranan.

“Kau studylah dulu. Boleh? Nanti kalau aku tak jumpa jawapan, aku pergi kat kau.” Mashitah masih enggan ulangkaji. Dia lantas keluarkan Al-Quran, menyerahkan pada Laili.

Laili tersenyum sahaja menerima buku teks itu.

 

 

Masa berlalu.

Hari yang dijanjikan tiba.

Kesemua mula melangkah masuk ke dalam dewan.

“Kenapa kita kena ambil exam ni?” Alya sedikit resah.

“Sebab kita memang kena ambil exam ni. Untuk buktikan berjaya. Heh, semua exam gitu.” Mashitah ragu-ragu menjawab. Sebenarnya kurang jelas dengan soalan Alya.

“Bukan, maksud aku kenapa kena ambil exam CV19 ? Exam lain, aku tahulah kenapa. Exam puasa, supaya kita jadi bertaqwa. Exam orang bagi kata kesat sakitkan hati kita, supaya kita jadi ibadurrahman. Tapi exam azab CV19 ni, untuk apa?” Alya tak puas hati dengan jawapan Mashitah.

“Oh, kacang je soalan tu. Supaya kita ni tadarruk (tunduk) dan bertaubat.” Laili menjawab.

“Eh, mana dapat jawapan tu.” Mashitah tak puas hati.

“Dalam buku teks ada. Hah. Tak baca lah tu.” Laili mengusik.

“Bagaimana nak baca. Kau yang ambik Quran aku.” Mashitah balas gurauan.

“Oit. Bukan kau ke yang bagi hari tu.” Laili mahu pertahankan.

“Dahlah. Jom masuk dewan peperiksaan.” Asiah mengingatkan tentang masa.

“Ok. Ok. So kita kena set. Untuk berjaya exam ni, kita kena capai tadarruk (tunduk) dan kembali pada Allah. Walau siapapun kita.”Alya bercakap dengan diri sendiri.

 

Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan rasul-rasul kepada umat yang terdahulu daripadamu, maka kami siksa mereka dengan kesengsaraan dan kemelaratan supaya mereka berdoa (kepada Kami) dengan merendah diri.

Al-An’am, 6 : 42

Dan (Tuhan berfirman) Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi, melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri.

Al-‘Araf, 7 : 94

***

Dalam dewan peperiksaan. Pemandangannya sama sahaja dengan luar peperiksaan. Masing-masing masih memiliki apa yang dimiliki.

“Shhh… dia nak beri taklimat.” Asiah berpesan.

“Exam ini, soalan setiap individu berbeza. Masing-masing perlu jawab kertas soalan sendiri. Kemahiran asas untuk lulus adalah kemampuan kenalpasti simptom-simptom penyakit.”

“Eh mana aci. Alya sorang je doktor. Kami yang lain mana tahu.”Spontan Mashitah menjawab. Dia risau dirinya gagal.

“Sabar.. sabar. Saya tak habis beri taklimat lagi. Ni bukan simptom penyakit fizikal. Ni simptom penyakit mendustakan ayat-ayat Tuhan. Bagus tak pesakit Covid-19 nampak gejala dalam tempoh 14 hari? Apa jadi kalau tak nampak langsung gejala tiba-tiba sesak, rosak paru-paru, mati.”

“Eh. Janganlah macam tu. Kalau kena jangkitan Covid-19, kena nampak dulu simptom supaya boleh cepat-cepat rawat. Kalau takde gejala / simptom, semua tiba-tiba mati. Tak sempat buat apa.” Alya tiba-tiba rasa bersyukur nikmat hadirnya simptom dalam kebanyakan penyakit. Iyalah, perawat bukan ahli magik boleh teka-teka sakit orang. Perlu buat penilaian, perlu nampak simptom.

Si pemberi taklimat meneruskan.

“Ha, itulah yang berlaku dalam dewan peperiksaan ni nanti. Sayangnya Tuhan pada manusia, Dia datangkan satu makhluk yang memaksa manusia mendedahkan penyakit iman masing-masing. Kalau tak diuji, tak nampak simptom penyakit iman tu. Kalau dijangkiti Covid-19, sekalipun positif, paling teruk azabnya di dunia berakhir dengan kematian. Tapi, kalau ada penyakit iman, azabnya di akhirat selama-lamanya, tiada yang sanggup. Kalau kat dunia ni, sanggup hapuskan azab Covid-19 dengan peruntukkan wang untuk perubatan. Cuba teka, azab akhirat nanti, manusia sanggup peruntukkan berapa?”

Mashitah menyiku Laili.

“Eh, dah mula exam ke?” Laili bertanya.

“Belum, ni teaser je. Dapat jawab tak?

“Saya tahu. Manusia sanggup bagi semua di dunia demi hapuskan azab akhirat. Jauh lebih teruk azab akhirat berbanding azab Covid-19” Asiah mencelah.

Dan pada masa itu, sekiranya tiap-tiap seorang yang berlaku zalim itu mempunyai segala yang ada di bumi, tentulah dia rela menebus dirinya dengan semuanya itu, dan mereka tetap akan merasa sesal serta kecewa manakala mereka melihat azab itu; dan Allah putuskan hukum di antara mereka dengan adil serta mereka tidak akan dianiaya dengan keputusan itu.

Yunus, 10 : 54

“Ok, saya nak teruskan taklimat saya. Covid-19 tu medium sahaja untuk menzahirkan semua penyakit masing-masing. Tapi, orang yang study buku teks (Quran) sahaja akan nampak simptom-simptom ini. Lalu berusaha merawatnya. Jadi, ujian jadi jalan untuk dia dapat petunjuk. Ada yang jadi sesat disebabkan ujian daripada Tuhan. Alaa… macam kes Covid-19 lah. Ada yang nampak simptom, cepat-cepat dapatkan rawatan. Ada yang nampak simptom, tapi ingatkan sakit biasa, tak tahu, tak dapat rawatan, akibatnya parah.”

Dan Nabi Musa memilih 70 orang lelaki dari kaumnya, pada waktu yang telah Kami tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa bumi, Nabi Musa merayu dengan berkata ”

Wahai Tuhanku! Jika Engkau menghendaki Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami?

Itu hanyalah ujianMu. Dengan ujian itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.

Al-‘Araf, 7 : 155

“Fuh, cuak pulak.” Laili merespon.

“Bersedia?”

“Kami tiada pilihan. Kena hadapi juga ujian ini.”

***

Dan realiti ujian yang melanda rupa-rupanya memaksa ramai manusia beramal soleh. Sedar tak sedar, menyelamatkan mereka daripada azab akhirat yang jauh lebih besar.

Ada yang kaya, memilih infaq hartanya untuk mereka yang memerlukan, membuktikan syukur.

Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan rahmat Tuhanmu? Kamilah yang menentukan penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan Kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa darjat, agar sebahagian mereka dapat memanfaatkan sebahagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.

Az-Zukhruf, 43 : 32

Ada yang kesusahan terhimpit masalah kewangan. Ada juga yang kesulitan diuji sakit dan positive Covid-19. Lalu mereka memilih sabar. Dan sabarnya mereka membuktikan diri siddiq dan bertaqwa, menjemput rahmatNya.

Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan ke barat, tetapi kebajikan itu ialah (kebajikan) orang yang beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat-malaikat, kitab-kitab, dan nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, orang-orang yang dalam perjalanan (musafir), peminta-minta, dan untuk memerdekakan hamba sahaya, yang melaksanakan shalat dan menunaikan zakat, orang-orang yang menepati janji apabila berjanji,

dan orang yang sabar dalam kemelaratan, penderitaan dan pada masa peperangan.

Mereka itulah orang-orang yang benar, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.

Al-Baqarah, 2 : 177

Ada yang diuji rezeki profession sebagai frontliner, lalu memaksa mereka untuk infaq rezeki kepakaran mereka sebanyaknya.

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan solat serta menginfaqkan rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Al-Baqarah, 2 : 2-3

Saat manusia sedar bahawa ujian Covid-19 ini membongkar penyakit pendustaan manusia terhadap ayat-ayat Tuhan, ujian yang hadir menjadi petunjuk pada mereka yang pilih untuk rawat penyakit iman.

Tetapi, jika sebaliknya, azab yang datang gagal berfungsi bawa manusia untuk kembali dan tunduk padaNya.

Ada yang mendustakan surah Al-Hujuraat dan Asy-Syu’arak. Berkali-kali menyebarkan berita palsu tanpa soal selidik . Gembira merendahkan pihak selain dirinya. Mengumpat, mengeji dan macam-macam. Sebarkan video yang mengaibkan entah sesiapa. Dan tanpa rasa bersalah kesemuanya penyakit mendustakan ayat-ayat Tuhan yang menghilangkan identiti iman. Kerana tindakannya¬† bertentangan dengan semua perintah yang bermula dengan “Wahai orang-orang beriman” dalam Al-Hujuraat. Tanpa identiti iman, bagaimana nak jadi warganegara syurga?” Akibat tiada Kad Pengenalan orang beriman.

Ada juga yang menzahirkan penyakit akidah. Mirip mengikut perangai Bani Israel yang saat sulit,hilang keyakinan pada ajaran Nabi Musa. Cenderung mengamalkan ajaran agama lain kerana merasakan “Eh, teknik mereka macam lebih berkesan menghilangkan kesulitan kita.” Jika Bani Israel telah memilih mengikut satu kaum yang menyembah lembu, kita ni bagaimana?

Pun begitu, simptom penyakit Covid-19 yang nampak adalah untuk perawat rawat dengan kasih sayang.

Simptom penyakit iman yang terzahir melalui azab Covid-19 ini juga untuk dirawat pembawa Firman Tuhan. Yang kalau selama ini tak sedar, rupa-rupanya ada rakyat sebuah negara yang kuasa “tentera bawangnya” dahsyat. Rupanya ada surah kritikal didustakan berkali-kali.

Syukur nampak tanda-tanda.

Moga ada du’at galas tanggungjawab bawa manusia kembali pada wahyu Tuhan.

Rawat penyakit iman.

Agar selamat daripada azab yang jauh lebih dahsyat berbanding azab Covid-19. Meneladani Kaum Nabi Yunus yang bertaubat beriman setelah mendustakan rasulnya sebelum itu.

Maka mengapa tidak ada (penduduk) suatu negeri pun yang beriman , lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Ketika mereka (kaum Yunus) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai waktu tertentu.

Yunus, 10 : 98

Dan.

Moga-moga.

Setiap kita LULUS ujian didatangkan azab ini.

Bukan sekadar berjaya meredakan wabak Covid-19 semata-mata.

Tetapi LULUS capai tujuan didatangkan azab.

LULUS dengan result “Tadarruk” (tunduk) dan kembali pada Allah

Dan pasti Kami timpakan kepada mereka sebagian siksa yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat); agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

As-Sajdah, 32 : 21

 

Dan sungguh Kami telah menimpakan siksaan kepada mereka, tetapi mereka tidak mau tunduk kepada Tuhannya, dan (juga) tidak merendahkan diri.

Al-Mukminun, 23 : 76

Jika tidak, apalah bezanya kita dengan ali-Firaun?

(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.

Dan apabila azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka (merayu dengan) berkata: “Wahai Musa! Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan (kehormatan) pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu (yang menjadikan permohonanmu sentiasa makbul). Sesungguhnya jika engkau hapuskan azab itu daripada kami, tentulah kami akan beriman kepadamu, dan sudah tentu kami akan membebaskan kaum Bani Israil (pergi) bersamamu”.

(Tuhan berfirman): Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, hingga ke suatu masa yang tertentu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka mencabuli janjinya

Maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami menenggelamkan mereka di laut dengan sebab mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

Al-‘Araf, 7 : 133-136

 

 

 

______________________

Lagi daripada penulis

Buku “Tuhan Mahu Berbicara denganku”.

Link Ebook (Klik mana yang dapat)

GDrive : http://bit.ly/TuhanMahuBerbicaraDenganku

Padlet : https://padlet.com/dietitian_ayat/wa561gdwahef

 

 

Comments

comments

SHARE
Artikel sebelum iniLapisan hati yang mengakar menumbuhkan akhlak
Ayat Ibrahim
Graduan dari Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Dietetics. Juga memiliki Master of Education (guidance & counseling) dan sedang melanjutkan PhD in Education (Specialization:counseling). Minat mendidik manusia, bina modul robbani dan suka menulis.

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here