Bila manusia terpaksa buat “kerja Tuhan.”

0
252
dialisis

“Buah pinggang dah rosak, kena jalani dialisis.”

-“Apa yang saya kena ready?”

“Pantang makanan. Jangan minum air lebih 500ml setiap hari.”

-“Hauslah saya nanti.”

“Mineral potassium juga kena hati-hati. Boleh sakit jantung. Dapatkan senarai makanan yang kena pantang.”

-“Habis tu apa yang saya boleh makan?”

“Selepas ini, dietitian akan bantu. Saya nak ingatkan juga tentang protein & fosfat. Kena hati-hati.”

 

Rawatan dialisis

___________________

Sulit.

Kalau dahulu, Allah “yang uruskan”. Dia yang perintahkan sel-sel buah pinggang untuk berfungsi. Mengumpul menapis segala air & mineral agar tidak menjadi toksin dalam badan.

Manusia hanya makan sahaja. Selebihnya “Dia yang uruskan”.

Dia yang cipta buah pinggang yang mampu menyingkirkan amino asid tak diperlukan. Supaya badan tak penuh dengan “sampah toksin tak berguna”

Manusia hanya makan sahaja. Selebihnya Dia uruskan.

Namun..

Saat diuji rosaknya organ yang satu ini, baru si manusia itu mengerti betapa kompleksnya tugasan buah pinggang.

Yang selama ini diurus Tuhan.

Tiba-tiba “saya yang kena urus keluar masuk mineral jangan bagi berlebihan.”

Tiba-tiba “Saya yang kena urus keluar masuk air jangan bagi badan kembang.”
_____________________

Sakit buah pinggang.
Sedikitnya berpunca daripada kemalangan / serangan kuman/ treatment etc.

Banyaknya, berpunca daripada sikap si manusia yang makan berlebihan.

Makan berlebihan

Jadi, post kali ini, dikhususkan untuk mereka yang suka makan berlebihan.

Alangkah beruntungnya jika “kerja Tuhan” yang rumit itu tidak perlu dilakukan si manusia. Mengapa tidak menjaga organ-organ sebelum rosak mengakibatkan segala “kerja Tuhan” selama ini harus dilakukan sendiri?

Memang nak ambil alih “kerja Tuhan”?

____________________

Makanlah berlebihan.

Minumlah air manis setiap hari.

Kunyahlah sumber karbohidrat sepanjang hari (cucur, donut, biskut, kerepek etc).

Lalu hormon Insulin berterusan dirembeskan tanpa henti. “Menenggelamkan” hormon Leptin yang mengawal atur rasa kenyang & cukup. Fungsi Leptin di brainstem (otak) terhalang. Akibatnya , rasa “kenyang” tak kunjung tiba.

Makan hanya untuk terus rasa lapar.

Makan hanya untuk rasa “saya perlu makan lagi”.

Ini, akibat memilih makan berlebihan.

Huru-hara sistem dalam badan.

Dan Allah tak suka.

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”

-Sura Al-A’raf, Ayah 31

____________________

Makan berlebihan?

Menjemput tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Mengizinkan organ rosak.

Memang mahu ambil alih “kerja Tuhan” kawal atur & urus sistem badan?

Mampu ke?

Comments

comments

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here