Berdamai dengan Ar-Razzaq

0
1123
doa murah rezeki

Kenapa saya tak dapat kerja di Hospital Umum Sarawak?” Dia berbisik kecewa.

Temannya yang berasal Semenanjung turut berasa geram. “Kenapa mereka tak ambil awak kerja kat Hospital Umum Sarawak? Cgpa rector’s list. Ni permata ni… Kenapa lepaskan? Kenapa saya pula yang dari semenanjung kena susah² pjj dengan suami, kerja kat HUS?”

Masing-masing tak menemukan jawapan. Lalu teringat seorang lagi teman. “Kawan kita yang seorang tu lagi kesian. Tak kena panggil interview langsung dengan SPA. Padahal best student tuhh.

Lagi-lagi rasa tak puas hati. Tidak mengerti.

Dan hidup masih perlu diteruskan.

Memaksa berbaik sangka pada Tuhan soal Rezeki.

_______________________

Bicara soal rezeki itu memang seringkali tidak mengikut logik akal manusia bukan?

Teringat pengalaman camping zaman remaja (tingkatan 4) peringkat nasional, bertemu seorang teman berkongsi perancangan hidupnya.

Lepas SPM ni, nak belajar di Mesir. Cuma kena kahwin dulu sebab ayah suruh.”

Dalam hatiku berbisik. “Wah, seriouslah ayah dia ni nak anak dia kahwin awal.

Dan melihat peribadi kepimpinan dan kematangannya dalam mengurus kumpulan, aku cukup yakin dia mampu menjadi isteri & ibu seawal usia.

Dan tahun lepas baru bertemu dengannya, pada usia awal 30-an ini, dan dia masih bujang.

Dan memang, meskipun sudah berusaha bertanyakan 5 orang yang dipercayai (selepas parents) untuk dicarikan jodoh, 5 kali isi borang baitul Muslim, jadi ahli 2 portal baitulmuslim berbayar tahunan tu, andai memang bukan Rezeki, itu memang sudah tertulis, itu taqdirNya

Lalu apa?

وَكَأَيِّنْ مِنْ دَابَّةٍ لَا تَحْمِلُ رِزْقَهَا اللَّهُ يَرْزُقُهَا وَإِيَّاكُمْ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

-Sura Al-Ankabut, Ayah 60
====================

allah pemberi rezeki

Hakikatnya, Rezeki Tuhan itu melimpah-ruah.

Sedangkan haiwan yang tidak mampu mendapatkan Rezeki, Tuhan bekalkannya dengan sesuatu (contoh bau badan) yang mengundang serangga mendekatinya sehingga itulah menjadi santapan makanannya. Ini yang berlaku pada bayi burung gagak yang Sunnatullah dipinggirkan dan dibiarkan ibunya.

Tidak seharusnya seseorang itu merasa “tidak cukup” Rezeki sedangkan Tuhan sudah menjamin bahawa semua makhluk hidup akan diberikan Rezeki masing-masing.

====================
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ ۖ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ ۚ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.

-Sura Al-Isra’, Ayah 31

====================

Cuma.

Ukuran Rezeki itu mengikut ukuranNya. Bukan mengikut ukuran si hamba.

Dan ini pasti sebagai Salah satu bentuk ujian di dunia.

===================
وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا عِنْدَنَا خَزَائِنُهُ وَمَا نُنَزِّلُهُ إِلَّا بِقَدَرٍ مَعْلُومٍ

Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu.

-Sura Al-Hijr, Ayah 21

====================

allah pemberi rezeki

Ada ketika, Rezeki itu terlihat “kurang” tetapi di sisiNya, itu adalah satu kebaikan agar jiwa si hamba itu selamat daripada bencana yang lebih besar akibat keingkaran.

====================

وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَٰكِنْ يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ

Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.

-Sura Ash-Shura, Ayah 27

===================

doa murah rezeki

Tiada jodoh?
Tiada anak?
Tiada kesihatan?
Tiada harta melimpah-ruah?

Siapa tahu hakikatnya semua itu adalah Rezeki ukuranNya agar si hamba terselamat daripada menjadi manusia yang melampaui batas.

Sedikit “sengsara” di dunia rupa-rupanya untuk menyelamatkan urusannya di Hari Pembalasan kelak.

“Jadi, tak perlu berusaha untuk mencari Rezeki?”

Bukan begitu maksudnya.

Usaha mencari rezeki tetap harus diteruskan. Kerana ia adalah cabang amal soleh seorang hamba di dunia. Mencipta peluang Infaq. Mencipta ruang berbakti pada manusia lain.

Tetapi, jangan sampai kesibukan mencari rezeki itu mengundang gundah. Menyita terlalu banyak masa sehingga tiada ruang belajar mengenali Tuhan. Tiada ruang untuk memahami Al-Kitab. Akhirnya hidup dilalui tanpa petunjuk Tuhan. Sekadar hidup untuk hidup. Bukan hidup mengikut acuanNya yang membawa ke syurga.

====================

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

“Dan carilah Akhirat dengan apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.

-Sura Al-Qasas, Ayah 77

====================

Kerana hakikatnya Rezeki setiap makhluk di bumi sudah terjamin.

Meskipun cabarannya kita tidak mengetahui sebanyak manakah Rezeki yang telah ditetapkanNya untuk kita.

Yang belum lagi terjamin, yang belum lagi pasti lagi sebenarnya adalah Amal soleh setiap kita. Tiada siapa yang dapat menjamin diri ini calon syurga.

Justeru mengapa usaha mencari rezeki Yang sudah terjamin Tuhan itu menjadi fokus hidup setiap jam, menjadi topik yang diresahkan dan di bingungkan berbanding usaha beramal soleh bermula dengan memahami Wahyu Tuhan?

Andai esok kematian menjemput, apa yang hendak dilakukan hari ini?
______________________

Bukan mudah menggenggam sabar.

Berdamai dengan Ar-Razzaq.

“Tuhan, andai kesakitan ini Rezeki ketetapanMu buat hidupku di dunia yang sementara ini, aku terima. Dan akan aku menjalani hidup ini penuh cinta & bahagia dengan meyakini kehidupan sebenar adalah akhirat.”

Aku pernah diuji beberapa tahun dengan OCD. Sakit yang tiada manusia mampu mengerti sehingga Tuhan satu-satunya menjadi tempat pergantungan. Fasa denial memang perit. Sampai satu tahap, memang tiada jalan lain.

Kena berdamai dengan Tuhan.

Terima apa adanya.

Dan optimize segala potensi untuk menghabiskan hidup yang berbaki.

Penat untuk berfikir apa lagi yang boleh dibuat untuk keluar daripada ujian ini. Sehingga akhirnya memilih untuk berfikir, “how to live with it.” Tak perlu lari-lari dah.

Syukur, hidup ini sementara sahaja.

Dan saat penyakit itu diangkat, hilang tanpa disedari, terasa “rindu” untuk memiliki rasa sentiasa mahu bergantung pada Tuhan. “Rindu” untuk merintih merayu kepadaNya. Mengharap pada Tuhan ketika tiada seorang pun manusia yang memahami.

Sakit yang mengajarku erti “Ilah”.

Bahkan untuk mendirikan solat sekalipun aku memerlukan bantuan Tuhan agar hormon yang “trigger”, memaksa berfikir “Aku tak nak solat” itu berjaya diuruskan. Meskipun seringkali tewas pada tahun² silam.

Andai kelompok LGBT mengutarakan kegusaran & kesulitan “Rasa” yang songsang sehingga tidak dapat diatasi melainkan untuk dituruti, aku terkenangkan nasibku yang mungkin akan terus meninggalkan solat bertahun-tahun kerana tak mampu menghentikan pemikiran “Saya tak nak solat.” Ini, jika aku mengikut formula mereka.

Gila.

Bagaimana nak solat, sedangkan otak tak boleh berhenti berfikir “Aku tak nak solat?”

Sehinggakan setiap hari, 5 kali sehari adalah perjuangan melawan diri sendiri selama hampir 5-6 tahun.

Iman yang menyelamatkan.

Dan kuyakini, Iman itu boleh menjadi ubat untuk segala rasa/pemikiran yang songsang itu.

Selain segala bantuan psikologi/perubatan yang mahu diberikan.

Menjemput rahmatNya.
________________________

Comments

comments

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here