Bahagianya jiwa saat menerima rezeki itu Dia yang punya.

0
141

“Kenapa tak balik rumah?” As bertanyakan Lin.

-“Sakit hati.”Lin masih enggan kembali ke rumah.

“Awak kan dah bersuami.”As cuba menasihati.

-“Memanglah. Tapi saya dinikahi bukan untuk dimarahi.”

Bicara As terhenti di situ. Ragu-ragu apakah ketika itu masa yang sesuai menghidangkan sejumlah dalil untuk menidakkan tindakan temannya itu.

.

.

.

-“Awak kenapa masih lepak sini macam orang bujang? Lewat malam dah ni.” Ali mengingatkan Abu.

“Malas nak balik awal-awal.” Abu membalas berbasa-basi.

Ali mula mengandaikan konflik yang berlaku dalam keluarga temannya.

.

.

.

“Awak nasihatkan dia apa tadi?” Khairi bertanyakan Zack.

-“Entahlah. Dia kata susah nak kawal diri daripada buat dosa. So aku suruh dia lepaskan dengan cara layan video lucah.”

“Hoi!” Tak semena-mena Khairi meninggikan suara, tidak bersetuju.

-“Habis tu? Itu lagi baik daripada langgan pelacur.” Zack sebenarnya buntu akan jalan yang harus diberikan kepada temannya.

.

.

.

Kehidupan ini sering dilihat medan memenuhi kehendak diri, kemahuan diri, keperluan diri. Tatkala diuji dengan rezeki yang “tak kena” di hati, bagaimana diri cuba menyikapi?

Tidak redha dengan rezeki secebis harta, lalu memilih jalan-jalan yang membawa kepada murka Tuhan.

Tidak redha dengan rezeki pasangan yang tidak se”indah” yang dimahukan, lalu memilih tindakan-tindakan menyimpang daripada pedoman Tuhan.

Tidak redha dengan rezeki belum bertemu jodoh, lalu memilih tindakan-tindakan jauh tersasar daripada bimbingan Tuhan.

Kenapa?

Dan ada di antara manusia yang mengabdikan diri kepada Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap. Iaitu kalau dia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula dia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah dia semula rugilah dia akan dunia dan akhirat. itulah kerugian yang terang nyata.

Al-Hajj, 22 : 11

Mengabdikan diri kepada Allah di tepi-tepi.

Begitu mudah terjatuh.

Pengabdian tepi-tepi.

“Kalau Allah bagi semua yang saya nak, saya ikut apa perintah Allah. Kalau Allah tak bagi, saya nak buat cara saya sendiri.”

Begitu ya?

Sebab merasa diri boss. Tuhan kena ikut kehendak diri yang diiktiraf sebagai “boss” ya? Seakan mengugut. Seandainya Tuhan tak ikut apa yang dikehendaki, diri enggan untuk mengabdi.

Sedangkan teladan mereka yang telah pergi mendidik kita erti pengabdian sebenar-benarnya.

Redhanya Maryam dengan rezeki sebagai ibu tunggal, sabar mentaatiNya membesarkan Isa dengan iman.

Sabarnya Nabi Yusuf dengan rezeki sebagai pemuda bujang yang tampan, tetap menahan diri daripada terjerumus zina meskipun digoda isteri tuannya.

Syukurnya Nabi Nuh dengan rezeki pasangan & anak yang tidak mendengar kata, lalu terus mengajak ahli keluarga kepada kebenaran sehingga ke hujung nyawa mereka.

Menerima segala rezeki sebagai peluang mengabdikan diri kepadaNya.

Sulit?

Terbentang ayat-ayat Tuhan untuk diikuti, bukan diingkari.

Yang dikurniakan pasangan tidak se’indah’ diimpikan, ada ayat Tuhan memberi pedoman

 dan bergaullah kamu dengan mereka dengan cara yang baik. kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakuya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya). kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).

an-nisa’, 4 : 19

 

Yang direzekikan pasangan & anak-anak menguji emosi, sanggupkah tunduk pada firman Tuhan?

wahai orang-orang yang beriman! sesungguhnya ada di antara pasanganmu dan anak-anakmu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

at-taghabun, 64 : 14

Yang direzekikan jodoh tidak berpanjangan, mengharungi kehidupan sebagai ibu tunggal, sudahkah pegang erat janjiNya?

dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya allah akan mengadakan baginya jalan keluar serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada allah, maka allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). sesungguhnya allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

at-talaq, 65 : 2-3

Yang dikurniakan rezeki hidup bujang, cukupkah ayat ini membentengi diri untuk terus menjaga nilai diri di sisi Robb..

dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.

an-nur, 24 : 33

***

Kehidupan berumahtangga.

Kehidupan duda atau janda.

Kehidupan bujang.

Kesemuanya rezeki di dunia yang menjadi kuasaNya untuk diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Walau berada di posisi dan status mana sekalipun, semuanya mulia. Semuanya mampu menjemput bahagia.

Hakikat kemuliaan dan kebahagiaan bukanlah pada rezeki status yang dimiliki. Tetapi realiti kebahagiaan sebenar di sisiNya adalah apabila jiwa mampu mengharungi segala yang Dia hamparkan selari petunjukNya.

Tidak kira apapun jenis rezeki yang Dia kurniakan. Meskipun rezeki tersebut tidak berkenan di hati.

Ketahuilah bahawa setiap rezeki itu adalah ujian.

Kerana dunia bukan kehidupan sebenar.

dan janganlah kamu terlalu mengharapkan limpah kurnia yang allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu melebihi sebahagian yang lain. Orang-orang lelaki ada bahagian dari  apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; dan pohonkanlah kepada allah akan limpah kurnianya. sesungguhnya allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

an-nisa’, 4 : 32

.

.

.

.

Ya robb, segala rezeki ini milikmu, kekuasaanmu.

And so its ok.

Regardless.

 

 

 

Comments

comments

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here