Asyik tergelincir & jatuh angkara musuh. Yang fed-up tak nampak & tak kenal musuh, kena baca ni.

0
82

“Kau pernah rasa tak bila ada orang tak suka kau online?”

-“Hah pernah. Dia buat fake account, stalk semua yang aku tulis, pastu serang & jatuhkan maruah aku berkali-kali.”
.
.
.

Stress bila terpaksa hadap musuh sebegini.

Kan?

Lagi stress bila kita TAK NAMPAK, TAK SEDAR musuh tu hadir.

Seperti musuh yang satu ni.

=====

يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ لَا يَفۡتِنَنَّكُمُ ٱلشَّيۡطَٰنُ كَمَآ أَخۡرَجَ أَبَوَيۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ يَنزِعُ عَنۡهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوۡءَٰتِهِمَآۚ إِنَّهُۥ يَرَىٰكُمۡ هُوَ وَقَبِيلُهُۥ مِنۡ حَيۡثُ لَا تَرَوۡنَهُمۡۗ إِنَّا جَعَلۡنَا ٱلشَّيَٰطِينَ أَوۡلِيَآءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.

-Sura Al-A’raf, Ayah 27

=====

Syaitan ni, sejenis musuh yang manusia tak nampak.

Sedangkan dia ada, duduk menanti di jalan yang lurus.

=====

قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِي لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٰطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ

Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;

-Sura Al-A’raf, Ayah 16

=====

Bencinya Iblis terhadap anak-anak Adam ni, lebih dahsyat daripada bencinya mana-mana manusia yang dengki dan tak suka dengan kita.

Haih.

Sehinggakan, dia nak serang dari banyak arah.

=====

ثُمَّ لَأٓتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيهِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَٰنِهِمۡ وَعَن شَمَآئِلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَٰكِرِينَ

“Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.

-Sura Al-A’raf, Ayah 17

=====

Syaitan nak anak-anak Adam masuk neraka.

Maka, dia membisikkan tipu daya terhadap kita dari arah:

1⃣ HADAPAN
Ketika kita melangkah mendekati maksiat, syaitan bagi nampak segala maksiat tu Indah belaka. Best giler.

Saat melangkah berazam melakukan kebaikan, tetiba dia menakut-nakutkan “Jangan sedekah, nanti kau miskin.” Atau “jangan tolong dia, nnti kau rugi”

2⃣BELAKANG
Bila nak move on, syaitan menghantui anak-anak Adam dengan hal-hal lampau membuatkan si manusia rasa kecil, berputus asa.

3⃣ JAUH DARI SUDUT KIRI
Terperangkap dengan dosa berkali-kali. Misalnya, asyik nak mengumpat dan memfitnah je rasa.

4⃣ JAUH DARI SUDUT KANAN
Ini Yang menakutkan. Dah buat baik, timbul Rasa riak, takbur. Hapus amalan akibat mensyirikkan Allah dengan diri sendiri.
.
.
.
Muhasabah diri.
Antara keempat-empat arah ni, syaitan dah serang saya banyak dari arah mana?

Pulak tu, strategi syaitan licik sungguh.
Bisikan dia bukan biashe-biashe.
Boleh terpedaya, terpercaya terhadap “nasihat”.

=====

فَوَسۡوَسَ لَهُمَا ٱلشَّيۡطَٰنُ لِيُبۡدِيَ لَهُمَا مَا وُۥرِيَ عَنۡهُمَا مِن سَوۡءَٰتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَىٰكُمَا رَبُّكُمَا عَنۡ هَٰذِهِ ٱلشَّجَرَةِ إِلَّآ أَن تَكُونَا مَلَكَيۡنِ أَوۡ تَكُونَا مِنَ ٱلۡخَٰلِدِينَ

Setelah itu maka Syaitan membisikkan kepada mereka berdua supaya ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata:

“Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)”.

-Sura Al-A’raf, Ayah 20

=====

Nabi Adam bukanlah saje-saje melanggar perintah Tuhan, ikut nasihat syaitan. Nabi Adam asalnya takutkan perubahan, takut dikeluarkan dari syurga utk menghuni di bumi.

Syaitan membuatkan Nabi Adam rasa mahu melanggar perintah Allah kerana “habuan” (dapat jadi penghuni tetap syurga) yang bakal diperoleh.

Koreksi diri.
Renung-renungkan.

Apakah ada perintah & larangan Tuhan Yang saya tak ikuti akibat rasional-rasional akal? Apakah rasional tersebut sebenarnya bisikan syaitan?

Haish.

Syaitan, go away.

Meskipun aku tak nampak kau, Moga-moga ciri² yang Allah ajarkan mengenai engkau membantuku untuk tidak membenarkan bicaramu.

Saat aku lemah “melawan” bisikan syaitan yang bakal menjerumuskanku ke lembah neraka, ku bermohon pada Rabb sepenuh pergantungan.

Nota Story Night WHISPER Ust Nouman Ali Khan.
.
.
.

SHARE post ini supaya teman-teman tersedar hadirnya musuh yang tak nampak setiap detik.

 

Comments

comments

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here