Anda Penggemar Susu Kotak..Baca Dulu Fakta Ini Sebelum Minum.

0
514

PERHATIAN PEMINUM SUSU TERUTAMANYA IBU MENGANDUNG DAN ANAK KECIL.

Anda pasti tak, susu yang diminum tu bagus untuk kesihatan?
Tak memudaratkan? Benar?

Yakin ke zat di dalamnya dapat diserap?

sakit perut bila minum susu
sakit perut bila minum susu

Mengikut kajian…

1. Jika kita alah kepada laktosa atau protein susu, maka zat vitamin D di dalam susu kurang diserap.

Jadi jika ada kembung perut, cirit, loya atau sebu perut. Mungkin air susu kotak itu boleh memudaratkan.
Kalsium susu juga susah diserap kerana kalsium memerlukan vitamin D untuk membantu penyerapannya.

sakit perut bila minum susu
sakit perut bila minum susu

2. Susu segar atau penuh krim tidak menggemukkan.

Dakyah makanan tinggi lemak menyebabkan kegemukan sudah ketinggalan zaman. Malah semakin ramai pengamal diet Atkins, paleo dan ketogenik yang mengambil kalori berlebihan tetapi berat badan jadi semakin kurang.

Hakikatnya, susu yang tinggi lemak ini lebih mengenyangkan berbanding susu rendah lemak.

sakit perut minum susu
sakit perut bila minum susu

3. Susu rendah lemak adalah pilihan yang teruk.

Kalsium memerlukan vitamin D, vitamin K2 dan magnesium untuk membantu penyerapannya.Vitamin D dan vitamin K2 memerlukan lemak untuk diserap ke dalam badan.

Maka minum susu rendah lemak bermakna kita minum susu yang kurang zat dan kurang serap!

4. Susu rendah lemak tinggi gula.
Kebanyakan produk yang direndahkan lemak ini rasanya membosankan. Maka gula ditambah dengan banyaknya untuk menyedapkan rasa susu berperisa.

Maka pilihan yang lebih bijak sudah tentunya susu segar..tak dapat segar, susu penuh krim pun jadi lah!

Susu berlemak ini bukan sahaja sedap tetapi lebih tinggi nutrien semulajadi dan lebih baik penyerapannya. Lemak susu itu lemak yang sihat

Jadilah kita pengguna yang bijak dengan menolak gimik susu rendah lemak.

Comments

comments

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here