5 Tips Lahirkan Anak Soleh Seawal Dalam Kandungan

0
1273
tips lahirkan anak soleh dari awal kandungan

 

Siapa yang tak mahu melahirkan anak soleh? Ianya merupakan impian semua ibu dan ayah yang bakal mempunyai zuriat. Anak soleh merupakan saham kekal yang bakal membantu kita apabila kita pulang ke alam akhirat nanti.

Rupanya proses melahirkan anak soleh bermula seawal anak dalam kandungan lagi. Setiap perbuatan dan amalan suami isteri berkait rapat dengan anak didalam kandungan. Siapa sangka ya?

Disini kami kongsikan 5 tips melahirkan anak soleh seawal dari kandungan.

syukur dikurniakan zuriat
  1. Bersyukur

Perkara pertama yang wajar dilakukan sebaik kita mengetahui bakal mendapat zuriat ialah bersyukur pada Allah. Ramai yang inginkan zuriat tetapi belum lagi diberi izin oleh Allah. Sepatutnya suami isteri yang terpilih ini melakukan sujud syukur sebagai menifestasi terima kasih mereka pada Allah yang memilih mereka untuk mendapat zuriat keturunan.

Allah berfirman dalam Surah Ibrahim bahawa sesiapa yang bersyukur, maka Dia akan tambah lagi nikmat untuk mereka:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

(Surah Ibrahim: 7)

Jadilah hamba Allah yang sentiasa bersyukur, dengan Izin Allah anak yang bakal lahir nanti akan mewarisi sikap sentiasa bersyukur yang kita miliki ini.

2. Berdoa

Tempoh mengandung selama 9 bulan bukanlah satu tempoh yang sekejap. Rupanya Allah beri kita ruang untuk banyakkan berdoa buat zuriat didalam kandungan. Para Nabi dan orang soleh akan giat berdoa kerana mereka yakin hanya Allah yang Maha Berkuasa atas zuriat ini.

Kisah Nabi Zakaria banyak mengajar kita tentang betapa pentingnya untuk berdoa kepada Allah. Nabi Zakaria mengalami masalah tidak punya zuriat hingga ke penghujung usianya, tetapi Baginda tetap tidak pernah berputus asa dari Rahmat Allah.

Baginda Zakaria sentiasa merayu kepada Allah supaya diberi anak yang soleh yang bakal memimpin Bani Israel apabila Baginda wafat nanti. Didalam Surah Imran, Allah merakam doa Baginda:

Berkat kesungguhan Zakaria berdoa, Allah kurniakan Baginda seorang zuriat yang namanya dipilih sendiri oleh Allah iaitu Yahya.

Yahya merupakan seorang Nabi pilihan Allah yang soleh dan disifatkan sebagai penyayang kepada kaumnya.

Betapa Allah Maha Mendengar setiap rayuan hambaNya.

3. Perbanyakkan Amal Soleh

Amal soleh ibu dan ayah berkait rapat dengan kecenderungan anak yang bakal lahir nanti. Para ulama biasanya memperbanyakkan solat dan mengingati Allah supaya anak yang bakal lahir nanti juga akan melakukan perkara yang sama.

Nampak gayanya banyak yang kita perlu muhasabah semula.

Jika sebelum ini solat sering dilewatkan solat di penghujung waktu, adakah kita mahu anak mengulang perkara yang sama apabila dewasa nanti?

Andai jarang sekali membaca dan membelek al Quran tetapi lebih kerap didepan TV menonton drama sinetron atau drama korea, adakah kita mahu anak mengikut jejak langkah yang sama?

Ambillah kesempatan ini untuk audit semula kualiti amal ibadat kita untuk Allah. Boleh jadi anak yang bakal lahir ini asbab kita kembali semula kepada Allah dengan penuh ketakwaan.

4. Sumber Yang Halal

Jika serius mahu lahirkan anak soleh dan solehah, suami dan isteri perlu pastikan anak didalam kandungan diberi makan dan minum dari sumber yang halal. Kerana sumber yang halal ini bakal membentuk darah dan daging anak didalam janin kandungan.

Pastikan tidak ada budaya ‘mengular’ ketika berkerja.

Elakkan balik awal sebelum tamat waktu kerja.

Jangan “claim’ sesuatu yang bukan milik kita ketika bekerja.

Lakukan pekerjaan dengan penuh rasa amanah dan sentiasa diperhatikan Allah.

Ingatlah kisah bagaimana Imam Syafie pernah menjolok tekak anaknya kerana terminum susu yang yang bukan milik mereka. Betapa berhati-hatinya golongan salafus Soleh dalam memastikan hanya yang halal masuk ke tubuh zuriat mereka.

5. Niatkan Anak untuk Jalan Agama

Satu lagi rahsia untuk dapatkan anak yang soleh telah dibongkar dari kisah al Quran iaitu melalui kisah Maryam a.s.

Maryam diiktiraf oleh Allah sebagai wanita paling baik yang pernah hidup pada zamannya.

Rupanya ketika Ibu kepada Maryam mengetahui dirinya hamil, ibunya telah bernazar untuk menjadikan anak dalam kandungan seorang ‘Muharrarah’ (مُحَرَّرًا )

Secara terjemahan مُحَرَّرًا bermaksud hamba yang mengabdi diri hanya kepada Allah,
iaitu bebas dari sebarang pengabdian pada manusia atau material.

Perancangan si ibu ialah anak yang bakal lahir nanti akan diserahkan ke rumah suci Baitul Maqdis.

Sungguh mulia nazar seorang ibu, dia begitu JELAS dengan TUJUAN hidup anak yang bakal lahir nanti.

Dan Allah menjawab nazar si ibu dalam surah Ali Imran bahawa Allah menerima niat baiknya dan anak itu diangkat sebagai wanita terbaik yang pernah hidup.

فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٍ وَأَنْبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنًا وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّا

“Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya..”

(Surah Ali Imran: 37)

Setiap ibu dan ayah perlu jelas dengan visi dan misi zuriat yang bakal lahir nanti.Kisah Maryam sewajarnya menjadi rujukan kita sebagai model parenting yang terbaik .

.

Ini antara amalan untuk menjadi rujukan ibu dan ayah yang bakal mendapat zuriat yang soleh dan penyejuk mata.

kita sebagai manusia mampu berusaha yang terbaik, dan selebihnya serahkan kepada urusan Allah.

Moga Allah kumpulkan kita bersama dengan zuriat keturunan kita nanti di SyurgaNya yang tertinggi.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

 

Comments

comments

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here