0
48

“Kenapa awak tak cari boyfriend & coupling? Tengok, sampai sekarang tak kahwin-kahwin.”

Buat si single mukminah, pernah dapat tutur bicara sebegini? Saat iman melemah, terasa mahu membenarkan?

“Betullah. Kena bercouple, baru dapat jodoh.”

Antara janji Tuhan dan janji manusia, janji siapa yang mahu dipercayai?

_________

Ada ketika, perintah dan larangan Tuhan terasa tak masuk dek akal. Terasa enggan melaksanakan.

Tetapi secebis iman kurniaan Tuhan itulah yang memampukan hati taat dan membenarkan ayat-ayatNya.

Ketika Allah mengilhamkan ibu Nabi Musa menghanyutkan anaknya di sungai, sungguh tak masuk akal perintah itu. Mahukah patuh pada perintah dahsyat tersebut?

وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰٓ أُمِّ مُوسَىٰٓ أَنۡ أَرۡضِعِيهِۖ فَإِذَا خِفۡتِ عَلَيۡهِ فَأَلۡقِيهِ فِي ٱلۡيَمِّ وَلَا تَخَافِي وَلَا تَحۡزَنِيٓۖ إِنَّا رَآدُّوهُ إِلَيۡكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:” Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.

-Sura Al-Qasas, Ayah 7

👆 Dua janji Allah.

1⃣sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu
2⃣Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.

Lalu, Ibu Nabi Musa taat pada perintah Allah yang terasa tidak logik. Melepaskan juga si anak kepada peliharaan Allah.

Dua janji Tuhan diimani.

Janji pertama, terus dipenuhi dalam jarak waktu yang sangat singkat. Mungkin tak sampai sehari pun kerana Nabi Musa yang dijadikan anak angkat Firaun enggan menyusu pada semua wanita.

(۞ وَحَرَّمۡنَا عَلَیۡهِ ٱلۡمَرَاضِعَ مِن قَبۡلُ فَقَالَتۡ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰۤ أَهۡلِ بَیۡتࣲ یَكۡفُلُونَهُۥ لَكُمۡ وَهُمۡ لَهُۥ نَـٰصِحُونَ * فَرَدَدۡنَـٰهُ إِلَىٰۤ أُمِّهِۦ كَیۡ تَقَرَّ عَیۡنُهَا وَلَا تَحۡزَنَ وَلِتَعۡلَمَ أَنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقࣱّ وَلَـٰكِنَّ أَكۡثَرَهُمۡ لَا یَعۡلَمُونَ)

Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata: “Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”

Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya ia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu).

[Surat Al-Qasas 12 – 13]

👆Ayat ini membuktikan terlaksananya janji pertama.

Sedangkan janji kedua, terlaksana nun jauh 40 tahun kemudian. Nabi Musa dipilih menjadi Nabi.

Janji Tuhan tidak akan dimungkiri. JanjiNya pasti berlaku.

Cuma, kebijaksanaanNya menyusun setiap perkara mengikut waktu yang terbaik.

Dia memberi pada waktu yang terbaik & tepat…

Andai terasa terlalu lama untuk dipenuhi hajat, berpeganglah pada janjiNya. Patuhilah perintahNya meskipun terasa tak masuk akal. Melawan arus amalan masyarakat.

Imani.

Percaya janji Tuhan.

Yakinilah bahawa apa yang diperoleh saat ini, itulah yang terbaik untuk diterima ketika ini.

Percayalah. Sebagaimana percayanya ibu Nabi Musa kepada Tuhannya.

Comments

comments

MOHON KOMEN BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here